Bismillahir Rahmanir Rahim..
Salam Semua,
Selamat tahun baru 2015. Tak payah tanya azam, tak penah jalan punya. Kadang-kadang, yang tak diazamkan, itu yang tercapai.
Untuk tahun 2015 ni, permulaan yang sangat mendukacitakan iaitu pemergian sahabat yang suatu ketika dulu pernah jadi sahabat baik aku.. Aku kenal dia dari FB. Bermula dari bertegur sapa, lepas tu tukar-tukar cerita, usik mengusik. Pada awalnya dia cakap dia tak pernah jenjalan ke pantai timur. So, pada satu masa tu, aku nak balik ke Kuala Terengganu, aku pelawa lah dia sekali, at least ada teman aku balik Terengganu.
Dari situ, dia rapat dengan famili aku. Famili aku memang ramah dengan semua kawan-kawan aku. Kami semua dah biasa bawa balik kawan-kawan. Dah macam program anak angkat. Mak ayah aku plak suka biasakan diri suruh panggil diorang panggilan yang anak-anak panggil "Mie" untuk mak dan "Bak" untuk ayah. Dengan panggilan mesra macam anak-anak, jadilah rapat. Sangat rapat.
Pantai Lagun, Kuala Ibai |
Masa ni bawa dia jenjalan kat Taman Monumen dan Masjid Kristal |
Dalam perjalanan balik ke KL, singgah di Bukit Tinggi, Pahang |
Nazirul Mubin
Nov 1985 - 6hb Jan 2015
Petang tu dalam pukul 3-4ptg macam tu, aku dapat tahu dari FB sahabat aku tu sakit. Terlantar di hospital. Aku cuba tanya kawan-kawan yang dekat dengan dia, Masing-masing tak berjawab. Sampailah aku balik kerja, kawan kami yang baik dengan dia juga, whatsapp aku bagitau sahabat aku tu dah meninggal. Dia pun tahu dari FB.
Aku buka FB tengok dah ramai ucap takziah dan al-Fatihah. Aku cuba lagi tanya kawan-kawan dia yang lain. Salah sorang tu jawab, ada ketumbuhan dalam kerongkong. MashaAllah.. Patutlah kawan kami ada bagitahu masa bulan puasa ritu dia memang kurus kering. Arwah memang dah kurus, tp kali ni betul-betul kurus. Lepas rasa arwah whatsapp dengan mak aku, arwah ni bagitahu yang dia sakit, selalu demam.
Yang mendukacitakan aku, bulan 11 2014, Arwah ada whatsapp aku, minta hadiah birthday. Tapi aku menjawab sambil endah tak endah. Aku cakap besday aku dia tak kasi pun. Kalaulah aku tahu itu permintaan terakhir dia. Itulah yang sangat membuatkan aku menyesal. Ada kawan, aku tak hargai baik-baik. Bila tiada, barulah aku terasa kehilangan.
Al Fatihah kepada Nazirul Mubin..
Terima kasih kerana membaca
Sila ke My Blurbs untuk info menarik
No comments:
Post a Comment