Labels

Showing posts with label IT. Show all posts
Showing posts with label IT. Show all posts

Friday, January 30, 2015

Grab Xiaomi Redmi Note 4G LTE

Salam,

Sejak beberapa bulan ni phone (Padfone 2) aku makin menjadi-jadi rosaknya. Kalau sebelum ni line phone kadang-kadang slow dan terputus tiba-tiba, masuk lift tiada line (sepatutnya ada line guna phone lain), bateri drain boleh sabar lagi lah.

Kat office bukan selalu aku cakap phone dalam lift. Lepas tu kat workstation aku ada pengecas, so, aku cas je selama aku duk kat office.

Tapi paling sakit hati bila orang call, diorang dan aku tak dapat dengar apa-apa pun. Lepas restart baru lah ok. Larat ke asik nak restart?

Baru-baru ni Lazada ada buat promosi Red ape entah. Tambah plak Lazada bagi diskaun RM25 kat staf TM. Lepas aku usha and review, malas nak amik tepon mahal-mahal yang boleh pakai setahun je. Aku nak try tepon murah-murah plak tapi spec yang mantap. Aku grab la satu Xiaomi Redmi Note 4G LTE.

Dari segi perisian tu tak la sehebat kebanyakkan android iaitu boleh pergi ke menu storage (Xiaomi hanya ada desktop) so, apa-apa klik kat shortcut desktop tu je. Tapi apa yang aku berminat dia punya processor dan ram. Janji dapat main game dan mesej tanpa lag atau sangkut-sangkut.


Sebelum beli aku check bila boleh dapat, katanya Rabu depan, means seminggu lebih jugak sebab KL kan cuti 2hb Feb. Aku beli Selasa lepas. Then aku beli, petang tu dapat mesej cakap dah fully shipped. Pantas jugak. Then, lepas 2 hari terus dapat semalam. Bagus juga service macam tu.

Saturday, December 28, 2013

Pentingnya Backup Blog Entri


Aku baru perasan blog aku ni problem kat link-link. Sebabnya aku manual show link kat sidebar tu. So, kalau ada problem tu sorry eyh. Takda mood lagi nak adjust.

Sebelum ni aku pernar terdelete blog aku. Nasib baik aku ada back up. Cuma beberapa post selepas backup tu la aku hilang. Bila aku re-publish, link dah berubah. Huhu..

Pentingnya backup
Aku pernah dengar beberapa blog kena hack. Post kena delete. Kesiannya.. So, lepas ni, untuk kesedaran semua, backup la blog korang sebulan sekali.

Saturday, May 18, 2013

ASUS Padfone 2 is the Best


Salam

Atas permintaan ramai untuk aku preview Padfone 2 aku ni. Akhirnya ada sedikit kerajinan.

Setelah beberapa lama meng'usha' ASUS Padfone 2, akhirnya aku dah dapat. Dengan harga masih tinggi, dapat la jugak nak merasa telefon + tab.

Dulu masa Galaxy Tab masih baru dalam pasaran. Aku pernah pakai Tab 8.0. Tak best sebab tak boleh wat call. Aku masa tu pakai Galaxy S2. Aku pernah terfikir, kalaulah apa yang ada dalam Galaxy S2 aku sync dengan Tab aku kan best. Kalau tak, aku terpaksa sync sendiri dengan bluetooth or pc transfer. Susah.. Banyak kerja nak kene buat. Kemudian aku jual balik Tab, aku beli Galaxy Note. Tak berapa besar, tak berapa kecil. Cukup baik..

Now, dari tahun lepas aku usha kat internet, aku dapat info pasal ASUS Padfone. Wow, macam yang aku idamkan. Sabar... Lepas tu dapatlah jugak.

Jom review sama-sama..



Ini dia rupa Padfone 2. Telefon ni datang sekali dengan Padfone station. Masukkan telefon ni ke dalam slot pada station dia. Kalau tak cucuk telefon, tab tu tak berfungsi.



Bila dah siap cucuk pada Station dia. Dia akan berfungsi sepenuhnya seperti Tab. Wallpaper, Susun atur menu, Resolution, Application dan sebagainya. 100% Tab.


Station ni jugak berfungsi seperti power bank. Tab ni kita boleh set cara cas dari Station ke Telefon. Smart charge or normal or charger semata-mata. Lepas test, aku boleh cas sebanyak 3kali. Means, aku boleh pakai tanpa cas selama seharian lebih lepas guna 5 6 jam camtu.




Set asal memang Jelly Bean 4.1.1. Tak macam Galaxy, walaupun sama Jelly Bean, ASUS dan Samsung tak sama OS nya. Samsung ada smart stay dan 2 view application.


Banyak game aku install tapi masih laju samada aku pakai sebagai Telefon or Tab.


Memory dalaman. Padfone takda memory card. Dia ada memori built-in semata-mata. Aku rasa lebih mudah kalau memori satu tempat je. Tapi masalah kalau kita nak format or back up. Boleh tapi kena usaha lebih.


Fungsi camera pun berbeza dari Samsung. Sorry aku selalu bezakan dengan samsung sebab sekarang aku masih pakai Galaxy Note I. Hihi.. Aku suka camera mood dia yang Beautification tu. Kita boleh terus adjust dari camera untuk edit muka kita dari gemuk ke kurus, mata besar, hilangkan jerawat. Muahahaha... Thanks a lot ASUS.


Yang berbeza juga, Padfone ni ada Instant Dictionary. Lagi best ianya offline. So, boleh jadi kamus segera.



Ni contoh dictionary dia. Senang nak faham dalam masa sekejap.


Asus pun ada Note dia tersendiri. Aku lebih suka SuperNote ASUS dari S Note Samsung. Paling suka part kita lebih mudah nak tulis macam bawah ni. 100% tulisan tangan dalam baris tu. S Note Samsung hanya boleh convert terus ke text tapi kadang-kadang tak detect sangat tulisan buruk macam aku ni. Tapi kat PowerNote ni pun boleh macam tu. Now, buruk-buruk tulisan aku, aku tetap boleh faham. wakaka..



Ouke.. Itu saja lah.. Aku pon tak tahu nak cerita apa lagi. Haha..

Friday, December 31, 2010

Bukti Google Chrome Lagi Laju?

Aku lebih suka pakai Firefox
Laju? Depend pada internet la
Kalo internet korang subcribe da laju
Pakai browser apa pon laju
So, aku pilih Firefox sebab

Bookmark susun dalam folder dengan tajuk warna warni
Tab pon warna warni
Ada banyak plugin berguna berbanding browser lain
Sebab tu suke Firefox, sistematik sikit dan banyak fungsi

Rata-rata, ramai yang cakap Chrome laju
Tapi apa buktinya?
Huhu

Pagi tadi tetiba cam nak test speed aku nyer Streamyx
 Aku subscribe 1Mb
Mungkin cukup laju kot kalo 2 3 orang jerk pakai

Jom kita usha

Internet Explorer

Firefox

Chrome

Run lagi skali guna chrome sebab laju sangat
Hasilnya


Aish
Makin laju
Tak puas hati nih
Try lagi skali


Pergh..
Laju giler..
Aku subscribe 1Mb jerk
Ni da nak dapat 3Mb ni
Pastu run banyak kali
Amik yang average la


Laju jugak kan Chrome
Saya mesti pilih
Wakaka
Macam mana pon
Aku tetap suke plugin kat Firefox

Kesimpulannya


BrowserPing (milisecond)DownloadUpload
Internet Explorer19ms1.52Mb0.43Mb
Firefox15ms1.52Mb0.42Mb
Chrome 15ms1.51Mb0.43Mb
Berdasarkan purata setelah 5 6 kali try

Internet Explorer lambat (ping internet amik masa 19ms)
Firefox dan Crome lebih kurang jerk lajunya
Tapi kadang-kadang Crome lebih laju

Yang jadi persoalan sini
Sepatutnya speed kita slow sikit dari kita subscribe
Kalo 1Mb, mungkin tak sampai 1Mb yang kita dapat
Urlm.. Syukur Alhamdulillah
Stakat ni takda masalah ngan Streamyx aku
Laju plak tu dapat

Kadang-kadang kite tak nampak rezeki bentuk camni
Allah nak bagi kita rezeki dalam apa jua sekalipun kita dapat
Hehehe..
Ceramah plak sini

Wednesday, December 29, 2010

Stop Messenger Service Popup Spam

Masalah ni jarang berlaku
Tapi kalo komputer yang biasa dalam network VPN atau office
Mudah dapat masalah macam ni
Sebab biasanya mesej yang kita dapat adalah dari komputer dalam rangkaian/networking yang sama

Pop up contoh yang kita terima lebih kurang macam ni

Mesej ni asik keluar jerk
Ada banyak contoh
Sebab mesej pelbagai
Tapi yang penting
Mesej ni dari Messenger Service
Kalau dapat mesej macam ni
Kita boleh stop kan saja
Hari ni kawan Asrol da kena
So, Asrol nak share la ngan yang lain

Cara-cara hentikan Messenger Service spam popup
  1. Pergi ke Start, kemudian Run dan taip services.msc Klik Ok
  2. Cari Messenger, pilih, klik kanan dan pilih Properties
  3. Dalam startup pilih "Disabled", kemudian pilih Stop
  4. Bila dah berhenti, klik Ok
[English] How to stop Messenger Service spam popup:
  1. Go to Start, then Run and type in services.msc Click Ok
  2. Scroll to Messenger, select it, right click it and choose Properties
  3. Under startup choose "Disabled", then choose Stop
  4. When stopped, click Ok

Monday, December 13, 2010

Perbezaan Label Dan Tag Blog

Semalam Asrol dapat emel
Ada peminat tanya beza label dan tag
Kedua-dua ni ada persamaan fungsi
Tapi bukan perkara sama
Label merupakan kategori entri kita
Manakala Tag lebih kurang macam label tapi dalam bentuk HTML
Dalam erti kata lain, tag ni adalah wakil
Sebab tu kita duk main tag-tag
Kita wakilkan pula kawan-kawan

Jom kita tengok
Label
Label merupakan kategori setiap entri yang kita post. Contohnya Lawak, Tutorial, Motivasi dan sebagainya. Fungsi Label boleh didapati penjuru bawah sebelah kiri editor kita.
Setiap entri boleh di wakili oleh beberapa label dan dipisahkan setiap kategori dengan koma (,)
Jika korang da sedia ada buat Label sebelum ni, korang hanya perlu klik butang Show All
Bila korang da publish entri ni, korang akan jumpa pada entri korang

Tag
Tag ni plak susah sikit. Sebabnya tag ni adalah general. Dalam HTML blog saja ada banyak tag. Tag-tag ni merupakan command atau arahan kepada skrip untuk sifat tertentu. Ha.. Tu dia bila orang IT bercakap lam BM. Lagi susah nak paham. Wakaka... Erm, contoh mudahnya adalah:
  • Title
  • Description
  • Home page URL
  • Page type
Tetapi, semua ni kita wakilkan dalam bentuk HTML
  • <title><data:blog.pageTitle/></title>
  • <b:include name='description'/>
  • <b:if cond='data:blog.url == data:blog.homepageUrl'>
  • <b:if cond='data:blog.pageType == &quot;index&quot;'>
Kadang-kadang, sesetengah blog pakai perkataan Tag sebagai wakil kepada kumpulan atau kategori bagi setiap entri (penerangan ayat ni sama seperti Label kat atas) Tag ni merupakan berfungsi macam label jugak, dia nak bagitahu bahawa setiap tag adalah wakil kepada sesuatu tetapi tag lebih kepada fungsi sifat diwakilkan dalam bentuk HTML.

Friday, November 26, 2010

Software Review | Screengrab! Printscreen Penuh Laman Web

Screengrab! adalah sebuah fungsi tambahan kepada pengguna Firefox. Fungsi sebenar Sreengrab! ni adalah untuk menyalin laman web yang di lawati menggunakan Firefox.

Fungsi:
Mudah di guna pakai

Boleh menyalin atau menyimpan keseluruhan laman web.

Boleh disimpan dalam bentuk JPEG & PNG

Boleh pilih mengikut sempadan tertentu

Download
Korang boleh dapatkan kat

 

Saturday, November 20, 2010

Facebook Dalam Yahoo Messenger 11

Yahoo Messenger 11 kini sediakan Facebook skali
Bukan Facebook jerk
Twitter pon boleh
Tapi skarang masih lagi beta


Aku pon da cuba da
Menarik jugak
Dapat tengok friend update
Kita boleh Like dan komen melalui YM jerk
Update status pon boleh melalui status YM dan kongsi dalam Facebook dan Twitter


1- YM status update
2- Share YM status dalam sosial network
3- Update dari YM
4- Update status Facebook
5- Permainan menarik

Kita jugak boleh chat Facebook dari YM
Laju jugak la
Orang online kat Facebook pon kita dapat alert jugak kat kanan bawah


Bila korang install YM nih
Korang akan di install skali Yahoo toolbar
Kalau tak bukak YM boleh jugak tengok Facebook update melalui toolbar


Atau pon
Korang bleh pegi ke
http://pulse.yahoo.com/

Kalau korang berminat
Korang boleh download kat


Komen
Oleh kerana masih lagi beta
YM ni sikit berat dan masalah script
 Buatkan YM kadang-kadang hang
Lagi satu
Aku tak jumpa lagi macam mana nak disable notification orang kuar masuk Facebook

Pape pon, aku nak citer sini
Bukan YM 11 ni bagus buat masa ni
Tapi nak citer tentang features yang ada pada YM 11 yang boleh buat korang kagum
 

Thursday, November 11, 2010

Laman Sosial rakanBarakah (rB) Sebijik Macam Facebook

Penah dengar Pusat Pendidikan Al Barakah tak?
Aku baru jerk dengar
Tu pon dari forum
Tu pon lagi dari rakanBarakah
Yups.. Laman sosial rakanBarakah
Menarik jugak, iras macam Facebook dulu-dulu
Macam biasa, aku bukak akaun untuk buat review
Dulu aku penah review
Sekarang
Muncul plak rakanBarakah
Jom tengok aku review ney..

Memula tu
Kita kenal sket tentang Al Barakah ni

Ustaz Kazim & www.albarakah.org

Selamat datang ke laman web baru albarakah.org. Untuk makluman semua, penyelerasan semula laman web albarakah.org adalah bersesuaian dengan permintaan kandungan atau isi laman web ini. Banyak yang ditambah mengikut keperluan semasa. Di sini anda akan dapat berinteraksi sesama sendiri di dalam laman rakan Barakah yang seakan laman web FACEBOOK. Semoga persahabatan dapat dibentuk demi kebaikan bersama. Untuk mempergunakan sepenuhnya jentera interaktif maya ini, albarakah.org juga mempunyai laman E SHOP, dimana pengunjung boleh melihat serta membeli produk Albarakah secara online. Disamping itu juga albarakah.org telah melletakkan butang DONATE atau derma untuk memudahkan sesiapa sahaja untuk menghulurkan bantuan kepada Pusat Pendidikan Al Barakah secara online. Sememangnya kami mengalu-alukan sebarang derma untuk pembangunan laman web dan juga untuk pembangunan infrastruktur di Al Barakah. Pada awal bulan November, insyaallah pengunjung berdaftar akan dapat mengikuti Kelas Pengajian Online saya di laman web. Diharap pengunjung akan dapat menggunakan sebaiknya laman ini ke arah kebaikan. Akhir kata, terima kasih kepada semua yang menyokong Al Barakah dan selamat melayari. WASALLAM.

Ok.. 
Skang kita tengok plak Laman Sosial rakanBarakah ni

Muka utama
Kurang lebih jerk FB

Daftar
Mudah jerk daftar

Selesai daftar
Klik continue untuk login

Login
Login ni lepas daftar

Laman Utama
Dalam dia lain sikit la dari FB

Profail info
Sikit jerk info yang show
Siap ada aktif point
Means kalo kita aktif, star rating kite makin kurang
Makin kurang means makin top la..
My Active Points
My Star Rating is:     428
My Rank is:     Lieutenant
I earned a total of:     501 points.

Komen
Yang ni macam boleh buat blog. Bleh guna HTML kod

Wall
Macam FB la nih..

Twitter
Bleh connect ke twitter jugak

Cadangan
Yang ni aku masih tak paham.. hahaha..

Profail Style
Ha.. Boleh guna css, ubah-ubah style layout

Laman ni tak yah add kawan-kawan..
Join jerk da ada kawan
Semua yang register
Akan jadi kawan kite
Sebab tu memula register, bila kat laman utama
Kita leh nampak da ada orang update status
Tapi.. Kita still lagi leh add orang sebagai kawan kita..
Maybe sebagai bookmark kawan jerk kot
Okay lah.. Itu sajer.....
Have Fun..