Tak disangka
Awal-awal lagi rasa nak buat kek birthday untuk diri sendiri. Tapi macam malas la pulak nak buat. Faham-faham la, balik kampung memang busy dengan famili, keluar beli barang, amik barang, anta orang, cari orang.. Haha..
Masa keluar bulan puasa dengan mak, mak dah cakap dia tempah kek sebab dah lama tak ada kek hari raya. Aku tak suspek apa-apa sebab masa dulu-dulu mak selalu beli kek untuk raya. Aku diam je la, sebab dah besar kan.. Haha..
Sehari sebelum raya
Petang tu akak aku ajak pergi amik kek kat kedai. Aku tunggu dalam kereta je sebab anak buah ada sekali, kang kalau keluar semua, anak buah mengarut plak nak beli macam-macam. Aku pon rasa nak beli kek birthday untuk diri sendiri, tapi malas nak kuar kereta. Akak aku pesan, tak yah tengok-tengok lah. Aku diam je, fikir kek biasa, watpe aku nak tengok-tengok kan..
Hari Raya
Balik dari solat sunat Aidilfitri, mak aku suruh bukakan kek yang kami amik tu. Dalam hati, macam la takleh nak bukakan.. Haha.. Aku bukak je.. Mak Ai... Lawanya kek.. terharu hakak.. hahaha... Sebak tetiba.
Thanks my mum and famili.. Sangat-sangat terharu ada kek birthday. Love u all..
Terima kasih kerana membaca
Sila ke My Blurbs untuk info menarik
No comments:
Post a Comment