Labels

Wednesday, April 17, 2013

Hikmah Yang Datang


Salam,

Hari ni Alhamdulillah berjaya uruskan majlis makan-makan kelab. Dengan cabaran dan tawakal, dapat lihat beberapa kejayaan dan hikmah yang datang.

Nak cakap plan last minit takda la last minit sangat merancang. Sepatutnya bermula dengan aktiviti sukan untuk tahun ni. Tapi lepas beberapa kali tertunda sebab pertembungan jadual bos, tak dapat la teruskan lagi.

Lepas bincang dengan bos, banyak idea yang dia terima. Cuma sebahagian kecil perlu diubah suai. Oleh kerana dah bulan 4, bos aka penasihat, minta buat majlis makan-makan dulu.

Dalam masa kurang 2 minggu, mula perbincangan serius untuk majlis makan-makan. Tiada cadangan berbentuk pilihan. Apa yang keluar sebagai idea, teruskan. Kagum dengan sokongan AJK lain. Kita cakap terus buat. Itu lebih bagus. Tak perlu nak fikir banyak pilihan. Buat dulu baru kita dapat touch up kelemahan.

Paling mengejutkan
Sebelum tu kami tempah tempat untuk majlis ni kat ruang terbuka dan tak berbumbung masih redup. Kemudian, pihak pengurusan dah tak bagi sewa tempat tu. Tukar ke satu tempat yang agak luas terbuka tetapi berbumbung.

Minggu lepas hujan sebelah petang ke malam je. 2 3 hari lepas pun. Hari ni majlis berlangsung, tiba-tiba hujan lebat. Sangat lebat. Terfikir juga, kalaulah buat kat tempat pertama yang kami cadang tu, mesti dah tergendala. Maha Besar Allah.

Sampai ke hujung majlis, walaupun ada kekurangan sebelumnya, namun kerjasama AJK baru ni sangat baik. Aku bangga. Semua dapat berjalan lancar. Aku nampak ia sangat berjaya. Dengan rahmat dan kurnia dari Allah S.W.T, majlis berlangsung dengan jayanya.

Harap lepas ni apa yang kurang dapatlah kami tampung awal-awal. Moga masih ada restu dariNya untuk aktiviti akan datang.
Terima kasih kerana membaca Sila ke untuk info menarik

No comments:

Post a Comment