Labels

Wednesday, December 08, 2010

Riak Dan Salah Faham Kita Selama Ini

Biasa tak korang dengar
"Aku pandai sangat la lau bab-bab baiki komputer ni"
"Jangan riak beb"
"Tengok la budak tu, riak"
Lebih kurang macam tu la
Sebenarnya, tu bukan riak
Tu cuma memberitahu yang dia ada kepakaran
Habis tu, dia nak cakap macam mana?
Kalo dia cakap macam ni?
"Aku tak pandai sangat la baiki komputer"
"Ala, rendah diri plak, nyampah aku"
"Tengok la tu, ritu bukan main terror baiki komputer"
Macam ni plak jadinya kan?

Sepatutnya kena la cakap macam ni
"Aku tak tahu sangat tapi aku cuba la mana yang aku tau"
"Ha.. Ok jugak tu, try jerk la"
"Tengok, kan senang ada kawan yang boleh tolong camni"
See.... Semua jadi positifkan?

Maksud sini
Jangan salah paham dengan riak
Kes kat atas adalah berkaitan ilmu dan cara menyampaikan

Maksud riak sebenar kurang lebih macam ni
"Aku selalu pegi tolong orang tua tu buat kerja, tak kesah pon"
"Riak betul, nak tunjuk dia buat baik la tuh"
Ya.. Ni baru la betul maksud riak

Aku pon petik dari sumber iLuvislam.com
Riak itu ialah melakukan kebaikan dan amal ibadat semata-mata untuk mencari tempat di dalam hati manusia. 

Firman Allah dalam surah al-Ma’un ayat 4-6 yang bermaksud:
"Maka celakalah bagi orang yang solat. (Iaitu) orang yang lalai solatnya dan orang-orang yang riak."

Perkara yang diriakkan oleh manusia;

1. Riak dari segi badan
Riak jenis ini menunjukkan seseorang itu menampakkan keletihannya kerana berpuasa dan banyak berjaga malam untuk beribadat.

2. Riak pada pakaian
Seseorang itu memakai pakaian yang menunjukkan kewarakan dirinya sedangkan hakikatnya tidak. Memakai pakaian sebegini di hadapan golongan tertentu kerana kepentingan diri sedangkan di waktu lain dia bukanlah sebegitu malah hatinya juga bukanlah berniat untuk mendapat keredhaan Allah tetapi mengharap penghormatan daripada orang lain.

3. Riak dengan perkataan
Riak ini adalah seseorang itu menunjukkan dirinya seorang yang benar dan ikhlas melalui perkataan yang keluar dari bibirnya. Tuturnya seperti seorang penasihat dan pensyarah. Dia memilih lafaz-lafaz yang halus dan dalam maknanya juga kata-kata hikmat beserta hadith. Dia juga berkata seperti kata para Nabi dan aulia sedangkan pada hakikatnya dia sebenarnya sunyi dan kosong.

4. Riak pada amalan
Orang sebegini adalah sering menzahirkan khusyuk dalam solat dan sengaja memanjang-manjangkan rukuk dan sujud apabila ada orang melihatnya. Orang seperti ini sering bersedekah secara terang-terangan, pergi menunaikan fardhu haji, berjalan menundukkan kepala dan kurang berpaling ke kanan dan ke kiri padahal Allah mengetahui batinnya. Sedangkan jika dia bersendirian amalannya bukan sempurna sebegitu, seperti solat dengan cepat, berjalan laju dengan matanya sering meliar ke sana ke mari dan sebagainya.

5. Riak dengan ramainya murid dan pengikut
Seseorang itu berasa bangga dengan murid dan pengikut yang ramai. Demikian juga seperti seseorang yang sering menyebut nama ulama’ itu dan ulama’ ini bagi menunjukkan dirinya seorang yang banyak bertemu dengan syeikh dan ulama.

Untuk maklumat lanjut:

Kesimpulannya
Jika kita berbuat baik
Janganlah kita bercakap-cakap
Seolah-olah kita nak tunjukkan kebaikan kita
Kerana semua kebaikkan kita akan terpadam

Lampiran

Terima kasih kerana membaca Sila ke untuk info menarik

No comments:

Post a Comment