Labels

Wednesday, December 01, 2010

Wanita Fleksibel Adalah Wanita Agung

Pandai-pandai jerk aku buat pepatah sendiri
Biasa la
Aku kan suke memerhati, meramal, menilai dan menyimpul
Da lama tak update blog sebab busy
Niat hari ni nak tulis entri baru
Banyak entri dalam kepala
Tapi pagi tadi dapat satu idea
Masuk kije lambat sebab pegi opis kat Shah Alam dulu
Dalam kol10 baru sampai opis kat Bangsar
Masuk kije, aku on lappy
Pastu buat air
Tengah aku buat air
Aku tersangat respek pada akak a.k.a team mate aku tadi
Datang opis, dia kemas One-Stock-Pantry kitorang
Maklum la, opis besar terlajak (share level unit)
Untuk unit kitorang
Ada la One-Stock-Pantry sendiri
Tempat share makanan dan minuman
Aku macam kagum sangat
Dia ni kaum ibu
Anak da 5 tak silap
Tambah plak adik-adik kat opis ni
Macam banyak jugak komitmen dia
Tapi datang opis
Dia still maintain dengan senyuman dan energy
Dia lah anak, ibu, isteri, team mate, bos (aminnn..) kitorang..
Akak ni suke share rezeki
Ada betulnya
Rezeki tak ke mana
Kalau kita ada rezeki
Pastu kite share (derma, belanja)
Allah suke la nak memberi lagi
Bagus giler akak nih
Dia seorang wanita yang fleksibel
Sume benda dia boleh buat
Kecuali.......
Haha..

Lelaki macam aku ni sejuk mata tengok wanita macam ni
Sumpah aku tak kawen lain da kalo isteri aku rajin camni
Walaupon pernah berhasrat nak kawen lebih
Wah.. Macam kasanova jek
Sape taknak isteri rajin dan fleksibel camni
Sampai syurga pon aku doakan kesejahteraan isteri aku tu
Aminnn...

So, pada team mate or wanita-wanita lain
Faham-faham la kalau nak disanjungi
Rajin-rajinkanlah diri tu
Jangan tunggu sume nak disuap, disediakan..

Betul la wanita ibarat bunga
Sekali mekar, ia menyeri dan mewangikan taman
Sekali kuncup
Kumbang akan berkata
Bunga inilah yang pernah berkembang dan bagi aku madu
Fikir-fikirkanlah

Wow
Bukan main ayat puitis aku
Meremang bulu roma aku

Moga Allah memberkati hidup dan keluarga akak ni
Di dunia sampai la akhirat
Begitu juga untuk kita semua
Aminnn..

Ni dia blog akak nih
Terima kasih kerana membaca Sila ke untuk info menarik

No comments:

Post a Comment