Labels

Wednesday, November 03, 2010

Selamat Hari Jadi Mie

Mie tu bukan skandal or sape-sape..
Dia mak aku
Singkatan kepada Ummi

Dulu-dulu Mie aku ni garang
Sekarang baik sangat
Penyayang.. Dia da jadikan aku anak yang manja..
Muahahaha.. Kenapa? Sebab dia caring sangat

Bonda Tercinta...
Hari ni, aku baru jerk nak post pasal Ibu
Pastu akak aku mesej tadi
Cakap dia nak buat kek untuk Mie
Kek Milo katanya..

Doa aku buat Mie dan insan tersayangnya:
Ya Allah ya tuhanku Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, berkatilah ibu dan bapa ku sepanjang hidupnya. Kau masukkanlah mereka ke dalam golongan orang-orang yang beriman dan bertakwa. Kami tidak mampu membahagiakan mereka di dunia tanpa pertolongan Mu ya Allah, maka aku mohon agar Kamu membantu kami membahagiakan mereka. Tempatkanlah mereka di syurgamu di akhirat kelak dan jauhilah mereka dari api sekalipun cahaya neraka. Amin..

Skang aku nak kongsi sedikit ngan korang semua:
Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang so ibu2 jangan jatuh air mata ye and anak jangan bagi ibu jatuh air mata. Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak.

Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka
Ø Melihat kaabah sehingga menitis air mata
Ø Membaca quran sehingga menitis air mata
Ø Memandang wajah ibu yg sedar tidur / sedar hingga berlinang air mata

3 orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidor!
Ø Anak
Ø Ibu
Ø Suami

Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menujukkan sesuatu pada ibu.

Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakkan ibu kita di tempat yang terbaik.

Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya!

Allah panjangkan usia ibu dan bapa supaya dia sakit dan nyanyuk untuk beri syurga pada anak anaknya. Jagalah mereka dengan baik insyallah, syurga balasanya. Jadi kalau tahu ibu / bapa sakit, berebutlah menjaga ibu / bapa kita. Besar sangat pahalanya.
Terima kasih kerana membaca Sila ke untuk info menarik

No comments:

Post a Comment