Aish...
Macam mana nih?
Aku ajak anak yang datang
Nak dating la katakan..
Last-last.. Ngan bapak skali datang
Korang fikir sape?
Bukan awek aku la..
Adik aku..
Aku ajak adik aku datang Shah Alam
Jalan-jalan umah aku kat Shah Alam ni..
Adik aku tu tak penah kuar dari Terengganu pon
So, aku nak la bawak dia jalan-jalan KL
Pastu famili aku macam tak yakin sangat adik aku tu
Yer la, tak penah pegi jauh-jauh
Pagi tadi aku call la famili aku
Aku ada kirim dwet macam biasa kat mak ayah aku
Semalam kan da dapat gaji
Tapi tak sempat call, dwet da masuk semalam
Hari ni baru call
Kali ni, aku bagi lebih untuk beli tiket adik aku
Bila bincang-bincang ngan famili
Diorang macam isau plak adik aku sorang-sorang datang
Skali dengar suara bapak aku cakap
"Biar abah hantar adik ke KL"
Aiks.. Tu bukan hantar
Tu da datang skali da tu..
Wah.. Happy plak rasa bapak aku nak datang sini
Tak sabar diorang datang
Leh aku bawak bapak aku ngan adik aku jalan-jalan
Tapi bapak aku da terror da KL ni
Tak syok la, siap dia kot bawak aku jalan-jalan KL
Wakaka...
Kene blaja masak nih
Nanti bapak aku datang leh masak special untuk diorang
Hahaha..
Tak pon, suh bapak aku jerk la masak
Takda masa aku nak belajar masak
Wakaka..
Entri kali ni takda gambar ke?
Mesti lah ada..
Tak suke la entri takda gambar
Aku kenalkan bapak aku ngan adik aku
Tadaaa....
Haha.. Sume picture raya ritu
Aku bukan selalu balik kampung pon
Sebab tu la suh diorang lak datang jenguk aku sini
Doa-doa diorang selamat sampai nanti
Plan diorang datang sebelum Krismas
Then aku balik kampung skali diorang..
Terima kasih kerana membaca
Sila ke My Blurbs untuk info menarik
No comments:
Post a Comment