Labels

Saturday, April 12, 2008

Coke dan kegunaan lain

" Fakta seperti yang tersenarai dibawah
adalah kajian santifik yang dibuat oleh
ahli sains kesihatan/sosial di USA dan
Britain serta laporan dari seluruh dunia
mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.


Di dalam kebanyakan negeri di US ,
kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan
2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan
darah di jalanraya apabila berlaku
kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba
kita tu, Harzadous Team.. Cuba tanya
Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah
mereka guna?


Anda di rumah diharap dapat mencuba
kajian ini :

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk
yang diisi Coke, ia akan hancur atau
hilang sama sekali dalam masa 2 hari.
Elok untuk yang berniaga sup tulang!


2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin
air Coke dalam tandas dan biarkan selama
1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan
kotoran/hampas akan hilang dari tindakan
'citric asid' yang berada dalam Coke.
Satu bahan gantian untuk mencuci kalau
sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun
badan boleh tak?


3. Untuk menghilangkan kesan karat dari
bumper kereta jenis chrome : Lap bumper
dengan aluminium foil yang dicelup
dengan Coke. Kesannya karat hilang!


4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion'
atau hakisan pada skru/nat bateri kereta
: Tuang saja setin Coke pasti kesan
hakisan hilang serta merta.


5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat
dan ketat : Sekali lagi tuang setin
Coke, skru tersebut pasti longgar dan
boleh dibuka.


6. Untuk menghilangkan kesan
minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan
setin Coke dalam mesin basuh bersama
sabun pencuci dan basuh macam biasa.
Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian
bolehlah minum air basuhan tadi
berperisa coke.


7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/
melekit ? Celup tuala dengan Coke dan
lap.Pasti bersih. Tak payah guna tin
sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu
kerana ianya amat mahal!


8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric
asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh
meleburkan sebatang paku dalam masa 4
hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!


Asid tersebut juga menghakis kekuatan
tulang belakang dan tulang lain dalam
badan yang merupakan punca utama kearah
penyakit osteoporosis.


Sila lihat lori yang membawa air sirap
Coke dalam lori tangki,[ bukan lori yang
bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti
dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan
Kimia Bahaya" atau "Bahan Penghakis :
bahaya".

Lori tangki itu juga diselaputi bahan
penghakis hakisan untuk mengelak lori tu
dihakis. . Tolong jangan letak/parking
kereta berhampiran lori tangki yang ada
tanda amaran tu, silap-silap tengah
bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.


9. Para pengedar minuman Coke telah
menggunakannya untuk mencuci bahagian
enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun.
Wahh...mesti buat overhaul ni!


10. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh
satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh
dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan
minum mesti termuntah tapi tambahkan
citric asid, mesti muka tersenyum.

Tambah pula dengan ais!. Wahh! Rasa cam
minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut
akan bertindak terhadap lidah untuk
memberi signal kepada otak bahawa air
yang diminum tidak berapa manis. Lidah
ngan otakpun kena tipu. Semua minuman
ringan menggunakan asid yang sama. Tak
kiralah Pepsi. 7-up, Drinho, Yeos, Milo
, F&N dll. Sama jer! Anak bapak dan
Keluarga 69.


Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal
minuman Coke adalah dicipta untuk
menghilangkan rasa letih dan
mengkhayalkan untuk para pekerja buruh.
Cam candu masuk China dulu. Antara isi
kandungannya adalah ekstrak dari daun
coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang
mai perkataan Coca Cola tu.


Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah ker
tapi kalau nak rendam gigi dalam mulut
tu pun boleh gak] dalam satu mangkuk
Coke, pasti gigi tu hilang/lebur
dalamasa 24-49 jam. Yang mana sakit
gigi, try cara ni, kot-kot gigi tu bleh
hilang!


Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka
sangat minum Coke, sama jer! Anda minum
Caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman
tersebut.


Di India, negeri Andhra Pradesh dan
Chattisgarh secara spesifiknya, para
peladangnya menggunakan Coke sebagai
semburan untuk membunuh serangga perosak
dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi
racun seranggalah pulak. Siapa ada tanam
pokok cili kat rumah tu, semburlah Coke
untuk bunuh serangga. Cili tu rasa pedas
manis berperisa coke kot? Cubalah!


Syarikat Coke dimiliki oleh pelabur
berbangsa Yahudi 100% . Kat Mekah ada
Mecca Cola. Betul ker?
Yang pernah pi Mekah bleh confirm kot?


Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu,
bolehlah pada masa yang sama cuci cermin
kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci
tandas , sembur serangga dll.
Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan
gantian emergency jika bahan
cuci/pelincir/ penghakis habis! kat
rumah. Semua fakta diatas anda boleh
cuba sendiri dirumah jika tak percaya.
Yang mana tak pass sains khasnya kimia
dulu masa sekolah bolehlah buat
eksperimen sains kimia ni kat rumah.
Terima kasih kerana membaca Sila ke untuk info menarik

No comments:

Post a Comment