Bangun pagi pukul 6.30, hidupkan laptop, kemudian pegi mandi. Lepas solat subuh, online kejap baca paper online, bukak Facebook. Dalam pukul 7.30, aku basuh baju dan jemur bantal tido biar kene matahari sikit. bagus jugak jemur, takda la rasa nak tido plak lepas tu. Kita digalakkan untuk bersarapan pagi supaya badan kita ada tenaga. Sebabnya, badan kita memerlukan tenaga pada waktu pagi untuk mula menggerakkan sistem dalam badan selepas kita tido semalaman. Menu pagi aku ialah...
Roti Goreng Celup Telur
Bahan-bahan:4 keping roti
2 biji telur
1 sudu kecil gula kasar
Cara-cara:
Pecahkan telur dalam pinggan, masukkan gula, kemudian kacau sampai kembang sedikit.
Celup roti dalam telur lepas tu goreng dengan minyak yang sedikit (1/2 sudu kecik minyak)
Sedap layan pagi-pagi ni dengan segelas susu. Sambil tu korang bukak la radia ERA atau radio pilihan korang masa muda-muda dulu. Haha.. Dulu-dulu radio Era ni femes sangat. Sekarang, bila dengar jerk Era Rentak Muzik Terkini, teringat pulak masa dulu-dulu. Bagi aku, aku akan teringat masa aku lepas SPM kerja kedai makan. masuk kerja pagi, sambil kemas-kemas dapur sediakan bahan-bahan, kami bukak radio Era. Sekarang, bila dengar Era jerk, aku teringat suasana masa tu. Aku 2 orang yang kerja pagi, gurau-gurau, borak-borak, gelak-gelak.. Tak la terasa sangat letih. Sampai sekarang, aku macam dapat feel lagi macam mana bau sup dan nasi ayam yang kami selalu masak tiap-tiap pagi. Dengan cuaca pagi yang cerah tapi masih sejuk. Rindunya zaman dulu. Semua tu aku boleh rasa sampai sekarang pada hujung minggu bila aku buat perkara yang boleh menggamit memori.
Lagi tips, bila waktu petang lepas asar. Cuba amik sikit masa untuk rehatkan badan dengan pakai wangi-wangi (lagi elok pakai perfume yang kita pernah pakai dulu-dulu..), duduk atas katil, bukak tingkap biar masuk cahaya petang, dengar lagu masa 5-10 tahun lepas (Spin, New Boys, Q-Face, Spoon, Spring). InsyaAllah, minda kita jadi tenang, badan jadi sehat. Bila kita selalu ingat zaman muda-muda dulu, kita akan jadi muda. Bukan kemurungan masa tua.
Terima kasih kerana membaca
Sila ke My Blurbs untuk info menarik
No comments:
Post a Comment