7 September 2010
Hari ni aku masih kerja. Tapi dengan mood nak balik kampung. Well, sib bek tiket da beli ritu. Ingat lagi tak Beratur Panjang Beli Tiket Balik Raya. Fuhh.. Panjang giler beratur yerk.. Kerja hari ni berjalan macam biasa. Masih busy. Petang tadi, banyak jugak kes kene settle. Harapnya esok takda orang kaco la aku. Semua nak balik kampung kot. Ekeke.. Tapi aku malam ni da balik kampung. Alamak.. Teksi.. Kat opis tadi da call, tapi teksi penuh malam t, wait ya, aku call pak cik teksi jap. Tettttt.. Aiyo.. Pak cik teksi melayu pon cakap penuh, takpe la, aku deal ngan pakcik india. Ritu da naik skali ngan pakcik ni, dia ok. RM15 katanya. Ok je la. Aku pon nak g ngan sape jerk.. Lagi pon, lam phone aku ada 3 jerk no teksi area Shah Alam. Tringgg.. SMS masuk dari abang angkat aku. Nak datang katanya, da OTW pon. Dia nak anta aku g stesen bas malam ni. Esok baru balik perlis. Ok, pakcik, saya cancel teksi malam ni, abang nak anta malam nanti. Thanks.. Rini bukak pose nasi kerabu. SMS “Bukak pintu, da sampai..” Abg aku anta. K la.. Esok sambung..
8 September 2010
Pemandangan dari belakang umah..
9 September 2010
Selamat pagi.. Esok da raya da weh.. Huhu.. Pagi ni takda wat pape sangat. kemas baju sket yang aku bawak balik smalam. Petang duk sterika langsir, akak aku yang buat, tapi anak dia wat hal, asik manangis jerk. Akak aku no 2, dia beraya kat umah aku tahun ni, laki dia da hal sket. So, aku kene la tolong jugak mak aku kemas umah. Tukar sarung kusyen. Pasang langsir, alas meja. Hari ni bukak pose makan beehun goreng jerk, sebab esokkan raye… Tak wat lauk la.. Meriahnya malam ni dengar bunyi mercun. Kat kampung aku ni, kitorng duk umah flat. Ada 4 blok jerk. Pastu sekeliling ni sume umah sebijik². Sayang aku cakap, “Ingatkan abang duk umah sebijik², sebab ingatkan Terengganu banyak umah sebijik².” Hehe.. Mungkin dia ingat Terengganu banyak tanah kot. Tapi kami keluarga miskin dik.. Lepak umah flat jerk. Tak mampu nak milik tanah Terengganu ni. Hehe.. K la, tadi da call si dia sebelum gi bayar zakat fitrah. So, tido time….
10 September 2010
Selamat Hari Raya.. Rini aku pekena baju melayu cekak musang. Tema hijau. Berkain pelikat.
Tengokkk.. Anak buah yang slalu meragam.. Muahaha...
Kejap jerk da raya kedua, rindu plak bulan Ramadhan. Nyesal tak puasa penuh. Alamak, kantoi… Haha.. Ritu kene gastrik dan demam la.. Off la beberapa hari. Ekeke… Jahat. Hari ni macam tak plan pegi mana². Tapi petang gi beraya umah jiran. Selebihnya, lepak umah jerk. Da plan esok nak kuar pegi bandar Kuala Terengganu. Beli KFC. Tapau wat balik. Lagi pon, da lama tak kuar jenjalan kat bandar ni. Huhu.. Pegi mana jerk, pegi pusing² kat Pasar Payang jap.
12 September 2010
Dalam kol spuluh tadi, aku ngan adik aku kuar pegi bandar. Tapau KFC. Mak la, nak makan sangat. Aku ajak adik jalan² pegi Pasar Payang. Aku tengok ada perkembangan sket area kat Pasar Payang. Paya Keladi, diorang da roboh sume kedai sana, untuk buat bangunan. Tak plak dia buat Mall besar². Aku fikir, unit perancang bandar ni tak bape reti sal sosial ekonomi la. Kalo takda tempat sosial, macam mana nak up kan ekonomi negeri. Negeri Terengganu memang la bleh dikatakan negeri yang kuat agama sket, tapi bukannya suh bukak bar or club. At least, kalo tak da kuasa beli pengguna, macam mana nak naikkan sumber ekonomi negeri. Sampai bila nak harapkan dwet minyak smata². Terengganu juga perlu ada sumber sosioekonomi selain dwet sosiopelancongan, minyak dan import/export. Wah.. membebel plak da. Aku bab ekonomi takda la expert sangat tapi sikit² tu bukan aku tak tau langsung.
13 September 2010
Rini aku takda buat ape jerk, lepak umah jerk la. Hehe.. Tak da pe aku nak buat. Cuma tengok citer jerk la kat TV. Ha… Baru aku ingat, aku ada kemas umah rini. Pergh, adik aku 2 org ni, lau aku takda jerk, bukan diorang nak kemas umah pon, Ritu aku balik, aku kemas, yang tu je la kemasnya. Huhu.. adik.. adik…
14 September 2010
Bosan sangat rini, lam kol10 camtu, aku subscribe Celcom broadband guna enset aku. RM6 untuk 24jam. Bleh tahan la. Da lama aku tak bukak fesbuk. Actually aku rindukan
15 September 2010
Awal aku berblogging rini. Pagi tadi aku kemas sket barang² untuk balik ke Shah Alam malam ni. Ni pon sementara tunggu mak aku goreng ikan, dia nak suh aku wat Ikan Masak Halia. Aiyo…. Ske sangat lauk aku tu. Tapi dulu aku buat Ayam Masak Halia, masa aku duk umah sewa time study kat Melaka dulu². Pastu, aku balik kampung, aku masak la Ayam Masak Halia. Mak ayah aku ske betol. Penah sampai 3 kali seminggu aku kene masak lauk tu sebab ayah aku nak makan. Ayah aku tu pilih lauk jugak nak makan nasi. Dan, lauk aku terpilih la kot sampai dia bleh telan tu. Wakaka.. Rini aku nak masak Ikan Masak Halia plak. Mak aku beli Ikan Bawal Hitam(ye kew? aku pon tak kenal).. Ni dia resepi aku..
Terima kasih kerana membaca
Sila ke My Blurbs untuk info menarik
No comments:
Post a Comment