Labels

Tuesday, August 24, 2010

Sweeping Rakyat Malaysia - BENDERA Memang Melampau

Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) memang sudah betul² melampau bila sengaja membangkitkan kemarahan orang ramai lebih² lagi rakyat Malaysia. Diorang ni tak ingat jasa ke? Masa negara diorang kene tsunami, Malaysia tak putus² hulurkan bantuan pada diorang. Ada diorang sanjung bendera Malaysia? Ada diorang ucap terima kasih dengan menghulurkan cenderahati atau membuat demonstrasi ucap terima kasih? Bongok ko Bendera. Otak sempit kot.

Tindakan melampau terhadap bendera Malaysia
Kedutaan Besar Malaysia ke Indonesia di Jakarta telah dilempar najis manusia oleh penunjuk perasaan daripada kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) pada satu demonstrasi petang ini.

Seorang daripada 37 penunjuk perasaan itu telah melemparkan najis itu ke dalam perkarangan kedutaan itu melepasi pintu pagar hadapan dan di atas kepala barisan anggota polis Indonesia yang sedang mengawal ketat di hadapan bangunan itu.

Mereka turut melepaskan najis itu ke atas bendera Malaysia yang dipijak-pijak di atas jalan tempat mereka berkumpul di hadapan kedutaan itu.
- MalaysiaKini (24/08/2010)

Demonstrasi ni menunjukan diorang marah kat Malaysia sebab merendah²kan maruah Indonesia masa insiden di perairan Bintan pada 13 Ogos ritu bila polis Malaysia tahan tiga pegawai penguatkuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia.

Ada sekor mamat dari kumpulan ni bagitahu wartawan bahawa diorang da cakap kat polis Indonesia supaya lepaskan rakyat diorang daripada tahanan atau diorang akan melakukan operasi Sweeping Rakyat Malaysia iaitu usir rakyat Malaysia.Korang usir la kalo dapat, usir sume orang Malaysia yang korang larikan ke Lombok tu. Pastu kitorg usir rakyat Indonesia kuar dari Malaysia. Boleh sengal? Kurang sket jenayah kat Malaysia. Orang Malaysia pon mudah sket nak carik makan kat negara sendiri. Ni x, penuh orang ko yang tak tau malu. Siap ada yang berniaga kat bazar Ramadhan lagi. Aku tengok, xda la laku sangat. Harap orang ko jerk pegi beli kat orang ko jual. Perangai macam haram, ada hati nak tunjuk hebat. Stop malukan negara korang. Rakyat korang pon ramai la kat Malaysia ni. Kitorang cukup bela nasib rakyat ko. Sal penahanan rakyat ko tu pon sebab diorang mungkin wat silap kat Malaysia. Means, Malaysia kene biarkan jerk rakyat ko wat sial kat Malaysia? Kalo macam tu, korang panggil balik hampir 1 juta rakyat korang kat Malaysia ni balik negara korang erk..

Aku bukan nak buka kemarahan mana² pihak, tapi lau ada masalah tu, selesai ngan cara profesional. Jangan terlalu melampau protes sampai menghina pihak lain. Nak tunjuk kekuatan pon, tengok la kelemahan diri sendiri dulu. Jangan silap langkah. Salam...
Terima kasih kerana membaca Sila ke untuk info menarik

1 comment:

  1. Salam...

    Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara, maka damaikanlah di antara kedua saudara (kamu yang bertelingkah) itu. (Surah Al-Hujurat: Ayat 10)

    “Tidak ada dosa yang lebih layak dipercepat hukumannya di dunia, dan apa yang dipersiapkan Allah baginya di akhirat daripada tindakan kezaliman dan memutuskan hubungan silaturrahim”.
    (Hadith Riwayat Ibnu Majah dan Tarmizi)

    "Sesungguhnya lelaki yang paling dibenci Allah ialah yang paling gigih dalam permusuhan." (HR Bukhari dan Muslim).

    Hadith drp Abdu Daud, Tarmidzi, Ibnu Majah, dan Baihaqi, "Barangsiapa meninggalkan pertengkaran, padahal dia salah, maka akan dibangunkan untuknya rumah di sekitar surga. Dan barangsiapa meninggalkan pertengkaran, padahal dia benar, maka akan dibangun untuknya rumah di lantai tengah surga. Sedang barangsiapa yang membaguskan akhlaknya, akan dibangun baginya rumah di tingkat paling atas surga.

    Selamat Berpuasa

    ReplyDelete