Labels

Wednesday, July 21, 2010

Tukar Domain Blogspot Ke Domain Sendiri

Sedar tak sedar aku da punya domain sendiri untuk blogspot aku ni. Tapi aku masih lagi pakai hosting blogspot. Tengok la aku punya url ni.. Hehe..

Kan lebih menarik jika kita ada domain sendiri..

Jom aku ajar korang cara tukar domain blogspot ke domain pilihan hati korang.. Haha..

Pengenalan

Sebelum tu aku nak share dulu ngan korang apa itu domain dan hosting. Ramai yang masih keliru dan tertukar antara domain dan hosting. Kebanyakannya tutorial dalam versi Inggeris dan Indonesia. Kali ni aku terangkan dalam Bahasa Malaysia. Haha..

Domain: Merupakan url @ alamat sesebuah laman web seperti .com, .net, .co.cc dan banyak lagi. Inilah domain. Kalau domain blogspot adalah .blogspot.com.

Hosting: Merupakan storage/simpanan untuk file laman web dan kebanyakannya disimpan di dalam server.

Dalam entri ini, aku nak ajar korang cara nak tukar domain blogspot (cth: asrolmania.blogspot.com) ke domain sendiri (cth: www.asrolmania.com)

Langkah² Penukaran Domain Blogspot ke Domain Sendiri

Langkah 1
Anda perlu membeli domain dari mana² syarikat seperti MesraHosting, Exabyte, Ohdomain, NetKL dan sebagainya. Harga tertakluk kepada syarikat masing². Harga domain biasanya dalam RM30-RM50 untuk .com dan boleh mencapai RM50-RM100 lebih untuk domain yang lain seperti .com.my, .asia, .edu dsb.

Langkah 2
Kemaskini tetapan DNS Server. (Login client panel yang disediakan oleh penjual/syarikat domain)
  • Masuk ke DNS Server Setting,
  • Buat CNAME baru dengan meletakkan nama sebagai www (www adalah untuk laman utama)
  • Pointkan ke ghs.google.com

Untuk pengetahuan korang, pengemaskinian tertakluk juga kepada penyedia/penjual domain samada korang boleh menukar sendiri atau korang perlu memberitahu kepada admin. Anda boleh memberitahu kepada admin untuk pointkan DNS CNAME www ke ghs.google.com

Langkah 3
Sekarang lakukan setting kat blogspot pulak.
  • Masuk/login blogger.com
  • Setting >> Publishing


  • Klik pada Custom Domain
  • Klik pulak Switch to advanced settings
  • Masukkan domain yang korang beli (cth: www.asrolmania.com)

  • Simpan tetapan korang.
  • Ta daaaa... Da boleh guna da.

Tips

Kalau korang ada domain sendiri, blog anda akan jadi lebih menarik. Orang lain juga tak perlu taip url korang panjang².

Amat sesuai jika ada yang ingin memulakan bisnes secara online.

Apabila kawan lama korang masih taip url blogspot korang (cth: asrolmania.blogspot.com), maka google akan point terus address/url korang ke domain korang (cth: www.asrolmania.com). Selamat Mencuba..
Terima kasih kerana membaca Sila ke untuk info menarik

9 comments:

  1. Boleh saudara tgk pada entri saya berkaitan dengan domain name ini. Saya cuma mahukan kepastian.

    ReplyDelete
  2. dik, tutorial ni mmg terbaek lah, tp akak nak tanya, lepas letak CNAME tu, mmg terus bole pakai ke? apsal akaknya takleh lagi ni? aduii tensen..ke ada ke kena setting kat mana2 lagi?

    1st - akak setting CNAME dkt domain yg akak beli (akak beli dengan mercumaya.net)

    2nd - akak tukar url dkt publishing dalam blogger.com tu

    rasa cam dah betul dah nih..need help..huwaaa~


    jue - innueclanz@gmail.com

    ReplyDelete
  3. Akak Bitter Sweet..

    1st - CNAME mesti lah www dan mesti lah di pointkan ke ghs.google.com

    2nd - Saya tak pasti betul atau tak sebab saya tak nampak.. Hehehe...

    Akak printscreen CNAME akak dan url kt blogger.com lepastu emel kat saya asrolmania@yahoo.com. Saya tolong akak sampai dapat.

    ReplyDelete
  4. boleh tak tolong bagi tau DNS server setting tu apa, macamana nak cari dia.

    ReplyDelete
  5. DNS server setting adalah tetapan untuk pelayan DNS.

    DNS adalah domain name system. Maksudnya, nama sistem kepada domain. Nak mudah faham: Manusia lebih mudah ingat pada nama sesuatu. Tetapi, komputer lebih faham pada nombor seperti IP address.

    IP address bekerja sebalik DNS. Contohnya, manusia lbh faham ghs.google.com. Tapi, sebalik dunia internet, komputer lebih faham pd IP address kepada ghs.google.com seperti 216.239.32.21
    216.239.34.21
    216.239.36.21
    216.239.38.21

    No IP ni bekerja untuk DNS ghs.google.com

    Bila kita pointkan sesuatu nama Domain kita (cth: asrolmania.com) ke ghs.google.com, bermakna, kita pindahkan nama domain kita ke 216.239.32.21
    216.239.34.21
    216.239.36.21
    216.239.38.21

    Semua IP address ni tahu apa yang perlu buat pada nama domain kita (cth: asrolmania.com)

    Untuk setting DNS server ni, tertakluk kepada penjual domain yang kita beli, dan biasanya boleh di lihat dalam CPanel atau perlu beritahu kepada admin syarikat terbabit..

    Maaf kalau jawapan terlalu kompleks.

    ReplyDelete
  6. Salam, adakah effect pada follower?

    ReplyDelete
  7. Tidak sebab domain yang kita beli hanya pointer kepada domain asal. Jadi, tak ada effect langsung pada follower.

    ReplyDelete