Labels

Monday, July 05, 2010

Meh Aku Ajar Pendidikan Seks

Aku tak minat sangat nak bincang sal isu ni sebenarnya tapi aku macam pelik la kenapa kerajaan sampai fikir nak wujudkan Pendidikan Seks. Apa dia nak ajar sebenarnya? Cara² nak kawal nafsu serakah kew? Bukan ke bab tu dah ada dalam Pendidikan Islam dan Moral?

Ada ke? Tak perasan pon..


Aku lempang karang.. Memang kita tak perasan pon sebab kita tak menghayati langsung. Sebab tu kita perlu tingkatkan mutu Pendidikan Islam mahupun Pendidikan Moral. Negara kita sekarang makin di cemari isu so.....sial.... Jadi, memang perlu lah kita tingkatkan isu pendidikan kita yang sedia ada. Dah nampak bukan, bahawa taraf pendidikan negara kita masih lemah. Pendidikan Moral dan Islam sudah merangkumi semua aspek sosial seperti seks, jenayah bunuh, rompakan, urusniaga, kekeluargaan, kejiranan dan banyak lagi.

 Budaya Tadarus.. Perlu lebih penekanan..

Kenapa perlu lagi Pendidikan Seks? Atau nak ajar cara² persetubuhan agar tak menghasilkan anak? Waka waka eh eh.. Lawak la.. Pendidikan sedia ada pon macam membebankan pelajar, lagi nak tambah topik. Bagi aku, tak perlu la Pendidikan Seks ni.. Mengarut jerk. Bagi penekanan pada Pendidikan Islam dan Moral.

 ٱلۡـَٔـٰنَ خَفَّفَ ٱللَّهُ عَنكُمۡ وَعَلِمَ أَنَّ فِيكُمۡ ضَعۡفً۬ا‌ۚ فَإِن يَكُن مِّنڪُم مِّاْئَةٌ۬ صَابِرَةٌ۬ يَغۡلِبُواْ مِاْئَتَيۡنِ‌ۚ وَإِن يَكُن مِّنكُمۡ أَلۡفٌ۬ يَغۡلِبُوٓاْ أَلۡفَيۡنِ بِإِذۡنِ ٱللَّهِ‌ۗ وَٱللَّهُ مَعَ ٱلصَّـٰبِرِينَ (٦٦

Sekarang Allah telah meringankan daripada kamu (apa yang telah diwajibkan dahulu) kerana Dia mengetahui bahawa pada kamu ada kelemahan; oleh itu jika ada di antara kamu seratus orang yang sabar, nescaya mereka akan dapat menewaskan dua ratus orang dan jika ada di antara kamu seribu orang, nescaya mereka dapat menewaskan dua ribu orang dengan izin Allah dan (ingatlah) Allah berserta orang-orang yang sabar.

- 66, Surah Al-Anfal

Bab yang aku fikir amat perlu ditekankan adalah keSABARan. Kalau kita bersabar, banyak perkara kita boleh sabar.. Hahaha.. Seyes laa... Sabar dalam mengawal nafsu seks, nafsu makan apabila puasa, nafsu merompak, nafsu mencuri, nafsu membunuh.. Sabar dalam belajar, bekerja, mencari pekerjaan.. Sabar dalam beribadat, bersolat, beramal soleh.. Sabar menerima kutukan, kritikan, nasihat.. Sabar menyelesaikan masalah kewangan, keluarga, pejabat.. SABAR okay...

Amalkan budaya bermaafan untuk ikatan masyarakat yang lebih harmoni..

Bila kita bersabar, banyak benda jahat kita boleh elakkan. Elak dari merogol, membunuh, merompak, menipu, membuang masa.. Yang penting, dapat elak dari kemurkaan Allah S.W T.. Betul tak aku cakap? Jadi, kenapa kerajaan tak wujudkan jerk PENDIDIKAN KESABARAN..? Lagi sesuai walaupon nama tak berapa sedap sket. Ok la.. Selamat berfikir..
Terima kasih kerana membaca Sila ke untuk info menarik

5 comments:

  1. aku setuju asrol..ntah apa2 bila aku baca paper jumaat lepas psl pendidikan seks tu..menteri tu (aku x ingt sape) siap ckp "penekanan dlm seks yg selamat sekiranya mereka tetap mahu melakukan seks tanpa nikah.." what the hell was he talked about! bila aku baca mcm nk bg galakan org buat seks (bg yg x bernikah) tanpa perlu risau psl kebarangkalian mengandung..adoii pastu ajar kt sekolah, confirm lg bdk2 berani mencuba..adoii ckp x fikir pjg doh mamat tu..bengang tul aku! sabar je la aku~

    ReplyDelete
  2. itu yang aku isaukan.. isau diorg galakkan maksiat berlaku. MAKSIAT YANG SELAMAT kot.. Astaghfirullah.. Moga gov wat keputusan yg betul.. Paling tidak pon, ikot la pendapat aku ni.. hehehe...

    ReplyDelete
  3. aku setuju dengan ko.sedangkan dalam pendidikan islam dah ajar dah semua. kurang penghayatan tu..

    ReplyDelete
  4. kalau dulu zaman2 sekolah aku xda benda2 mcm ni pun budak2 still berdisiplin.. semua ni gara2 guru2 yg bekerja atas nama nak kan GAJI je.. kedua ibu bapa terlalu harapkan sekolah.. so hal2 pendidikan anak dah terbiar.. then bila dorg dengar ada pendidikan seks nak di adakan ibu bapa setuju jelah.

    menteri yg buat usul tu memang kurang didikan agama rasanya. aku heran sangat kebelakangan ni kerajaan asyik buat usul yg langsung x pandang kehadapan. x sama semasa Tun Mahathir jadi menteri dulu..walaupun org kata dia xok..tp dia berjaya memajukan dasar2 kerajaan..

    ReplyDelete
  5. takyah buat semua pendidikan yg ntah pape... just laksanakan hudud je

    ReplyDelete