Labels

Wednesday, July 10, 2013

Selamat Berpuasa 2013

Salam,

Selamat berpuasa kat semua peminat. Haha.. Tahun ni aku puasa sorang-sorang lagi. Sahur pagi tadi macam biasa, makan koko crunch. Aku kene minum susu, supaya perut tak meragam. Maklumla sejarah gastrik. Huhu..

Harap tahun ni aku sehat sikit la, tak macam tahun lepas. Bulan puasa kene demam denggi. Rasa nak shooting la tahun ni. Tahun lepas shooting baju merah. Tahun ni nak shooting baju ape plak.. Aku malas nak beli baju melayu. Tak pakai pon. Jumaat kat opis dah. Harapkan raya je la 2 kali setahun. Tu pon kalo raya haji aku pakai baju melayu. di buatnya raya haji ni aku kat Mekah. Mampu ko? Hahaha..

K la.. Pose jangan tak pose. Tak baik tau tak pose tanpa sebab kukuh...

Thursday, July 04, 2013

Cari Jalan Menguatkan Stamina


Salam

Akhir-akhir ni badan aku agak lemau. Bangun subuh pon berat. Biasa aku dah segar jam 6 pagi. Tapi sebulan dua ni, kol6.30 pagi tu mengantuk gila. Lagi teruk 2 minggu kebelakangan ni. Badan tersangat letih. Siang malam. Tido malam awal pun, pagi betul-betul macam orang tak cukup tido.


Lepas diskus dengan orang berpengalaman. Ada yang ofer Shaklee dan beberapa produk lain. Ada sorang akak ni share experience dia. Menarik. Dia suruh aku cari sejenis ubat tu nama Arcalion. Khas untuk membantu minda yang kurang baik. Yer la, aku sekarang bila badan tak kuat, aku jadi kurang fokus, malas nak buat kerja.

Nak tunjuk gambar tak tahu mana satu. Banyak sangat pattern. Huhu.. Tapi aku cuba cari kat farmasi kat opis aku. Takda la plak cadangan ubat tu. Lepas tu aku dapatkan satu supplement ni.

Nu-Prep 100

Ubat ni aku dah usha kat internet. Untuk kuatkan tenaga lagi-lagi untuk bekerja. Tapi ada satu laman web kesihatan batin, katanya ubat ni khas untuk kuatkan tenaga kelelakian. Amboi, bukan main promote kan. Aku baca kat laman web betul takda pun cakap macam tu sangat. Cuma nak kasi kuat stamina bekerja, segar dan sehat je.

Ni aku tengah order Shaklee Vit B-Complex. Dari segi pembacaan, macam ok jugak. Khas untuk menguatkan tenaga dalaman. Bagi sehat.

Monday, June 24, 2013

Sedut Mensedut Cerita Lama


Salam

Ades.. Sekarang aku giler kat cerita lama. Flash back semula, masa aku sekolah dulu-dulu, kuat tengok tv. Ada cerita bersiri yang aku layan sampai tak hengat dunia. Kadang-kadang malam aku siap sama-sama ngan ayah aku tengok tv. Banyak yang aku masih ingat cerita lama yang aku teringin nak tengok semula. Sebelum ni aku asik terpikir sal Movie. Movie paling nak tengok balik, Ten Brothers.. Haha.. Chinese movie..


Kalau korang masih ingat lah.. Best kot citer ni..

Sekarang duk pikir pasal siri plak. Aku still lagi teringat cerita

The Secret World of Alex Mack

Penah tengok citer ni? Petang-petang kot. Aku lupe tahun berapa. Budak ni terkena kimia, lepas tu dia jadi ada kuasa magic. Leh cairkan diri, kawal benda dari jauh.. Rupanya dia ada 4 season kot. Yang aku tengok kat tv season 1 je. Tv kan.. Smallville dulu pon kemain lambat TV3 show cerita. At last aku abeskan semua season kat internet je. Sampai kesudah si Clark Kent tu takleh terbang. Then darah dia boleh ubati kaum dia sendiri jadi lebih berkuasa.

Lepas tu aku teringat plak kat cerita Ocean Girl. Yang pon satu.. Aku rasa lepas citer Alex Mack kot ada cerita ni plak.

Ocean Girl

Ada 4 Season jugak ni, yang tengok 1 season je. Apa kesudahan pon aku tak tau. Haha. Best cerita ni. Budak ni leh berenang lama dalam air. Baik dengan binatang dalam air. Idup dia banyak dalam air, tapi dia bukan duyung.

Yang paling aku teringat. Paling best bagi aku adalah cerita

Farscape

Main kat TV2 jam 8.30 malam. Sempat tengok season 1 je. Tau-tau ada season 2 tapi tak main kat TV la. Dah lama aku carik, nak ingat balik tajuk punya lah susah. Tadi cuba cari, dapat lah cerita ni. Dah season 4 rupanya. Aku cuba download full season. Kisah dia kat angkasa lepas la, diorang semua dari pelbagai makhluk. Tinggal dalam 1 kapal. Yang best, kapal dia ni hidup tau. Boleh kawen pastu mengandung. Kapal yang diorg duduk ni tengah mengandung, aku sempat tengok episod kapal dia kuar anak. Lagi modern anak dia. Ada senjata hebat. Tak sabar nak tengok sampai habis. 30Gb kot. Warghhhh...

Sabar tunggu cerita ni siap. Kalau korang ada pape cerita yang best, update kat aku tau. Nak flash back balik pastu sambung cerita yang tak lepas tengok masa kecik dulu. Hahahaha...

Friday, June 21, 2013

Dah Mula Hobi Baru Menjahit


Salam

Lama tak share life aku ngan korang kan. Last post aku promote jam on behalf my best friend forever.. Sape yang tak tengok lagi beberapa jam ni, sila la ke entri SALES: Jam Ori Harga Murah Pun Boleh Dapat.. Ada banyak lagi pilihan jam, kena wassap dia la.

Dia pun da berbisnes, aku pun nak start bisnes sendiri. Tapi nak slow-slow la berbisnes. Taknak terlalu tamak dan tergopoh gapah. Masih dalam belajar. Untuk permulaan, aku mula sikit-sikit belajar menjahit. So, aku dapatkan sebuah mesin jahit. Belajar sendiri-sendiri je kat umah.


Jenama SINGER model 2259. Ada 19 corak jahitan.

Kat rumah ni ada langsir hadiah dari sorang kawan dan sehelai langsir yang aku beli tahun lepas tak berjahit lagi. So, aku nak buat kombinasi warna langsir aku nak taruk kat belakang tv aku kat ruang tamu.

Ruang kecil untuk Dummies

Dengan tak belajar cuba menjahit, aku terus mulakan jahitan. Haha.. Agak jerih la jugakkan bagi orang baru macam aku. Kehkehkeh...

Dah siap ada accessories jahitan neh..



Tunggu la siap nanti aku tunjuk kat korang eyh. Kikiki.. Now jahitan maybe dah jadi hobi aku. Dah boleh jadi modal berkongsi idea. Now, aku ngan sorang kawan opis aku saling berkongsi pengalaman dan idea. Dia banyak benihkan idea kat aku. Thanks dear..

Monday, June 03, 2013

SALES: Jam Ori Harga Murah Pun Boleh Dapat..

Mari-mari jualan murah.. Harga menarik.. Jauh lebih rendah..

Leather (Cow)

Strap High Quality Rubber

Strap High Quality Rubber

1st Class Fossil - Black Leather (Cow)

Marc by Marc Jacob


Kalau Berminat Sila Hubungi:


Hairul Azhar
017-3546552
019-3787746 (Wassap)

Saturday, May 18, 2013

ASUS Padfone 2 is the Best


Salam

Atas permintaan ramai untuk aku preview Padfone 2 aku ni. Akhirnya ada sedikit kerajinan.

Setelah beberapa lama meng'usha' ASUS Padfone 2, akhirnya aku dah dapat. Dengan harga masih tinggi, dapat la jugak nak merasa telefon + tab.

Dulu masa Galaxy Tab masih baru dalam pasaran. Aku pernah pakai Tab 8.0. Tak best sebab tak boleh wat call. Aku masa tu pakai Galaxy S2. Aku pernah terfikir, kalaulah apa yang ada dalam Galaxy S2 aku sync dengan Tab aku kan best. Kalau tak, aku terpaksa sync sendiri dengan bluetooth or pc transfer. Susah.. Banyak kerja nak kene buat. Kemudian aku jual balik Tab, aku beli Galaxy Note. Tak berapa besar, tak berapa kecil. Cukup baik..

Now, dari tahun lepas aku usha kat internet, aku dapat info pasal ASUS Padfone. Wow, macam yang aku idamkan. Sabar... Lepas tu dapatlah jugak.

Jom review sama-sama..



Ini dia rupa Padfone 2. Telefon ni datang sekali dengan Padfone station. Masukkan telefon ni ke dalam slot pada station dia. Kalau tak cucuk telefon, tab tu tak berfungsi.



Bila dah siap cucuk pada Station dia. Dia akan berfungsi sepenuhnya seperti Tab. Wallpaper, Susun atur menu, Resolution, Application dan sebagainya. 100% Tab.


Station ni jugak berfungsi seperti power bank. Tab ni kita boleh set cara cas dari Station ke Telefon. Smart charge or normal or charger semata-mata. Lepas test, aku boleh cas sebanyak 3kali. Means, aku boleh pakai tanpa cas selama seharian lebih lepas guna 5 6 jam camtu.




Set asal memang Jelly Bean 4.1.1. Tak macam Galaxy, walaupun sama Jelly Bean, ASUS dan Samsung tak sama OS nya. Samsung ada smart stay dan 2 view application.


Banyak game aku install tapi masih laju samada aku pakai sebagai Telefon or Tab.


Memory dalaman. Padfone takda memory card. Dia ada memori built-in semata-mata. Aku rasa lebih mudah kalau memori satu tempat je. Tapi masalah kalau kita nak format or back up. Boleh tapi kena usaha lebih.


Fungsi camera pun berbeza dari Samsung. Sorry aku selalu bezakan dengan samsung sebab sekarang aku masih pakai Galaxy Note I. Hihi.. Aku suka camera mood dia yang Beautification tu. Kita boleh terus adjust dari camera untuk edit muka kita dari gemuk ke kurus, mata besar, hilangkan jerawat. Muahahaha... Thanks a lot ASUS.


Yang berbeza juga, Padfone ni ada Instant Dictionary. Lagi best ianya offline. So, boleh jadi kamus segera.



Ni contoh dictionary dia. Senang nak faham dalam masa sekejap.


Asus pun ada Note dia tersendiri. Aku lebih suka SuperNote ASUS dari S Note Samsung. Paling suka part kita lebih mudah nak tulis macam bawah ni. 100% tulisan tangan dalam baris tu. S Note Samsung hanya boleh convert terus ke text tapi kadang-kadang tak detect sangat tulisan buruk macam aku ni. Tapi kat PowerNote ni pun boleh macam tu. Now, buruk-buruk tulisan aku, aku tetap boleh faham. wakaka..



Ouke.. Itu saja lah.. Aku pon tak tahu nak cerita apa lagi. Haha..