Bismillahirrahmanirahim..
Hari ni aku nak bermuhasabah diri sikit. Hope siapa-siapa kawan aku ke anon ke yang baca, cuba la selami jiwa masing-masing.
Entri ni bukan nak tuju kat siapa-siapa. Cuma datang dari hati ni nak bermuhasabah. Aku ada pengalaman aku sendiri. Tak salah kita bercakap dari pengalaman juga pengamatan.
Kawan makan kawan dah biasa kita dengar. Tu terlalu menonjol. Aku rasa aku takda kawan yang macam tu dah sekarang. Masing-masing seronok bagi kerjasama, tolong-menolong, meluah pendapat. Itu sangat seronok aku berkawan sekarang.
Kawan cuit kawan. Dengar macam perkara baik. Tapi aku nak bercakap tentang kawan yang cuit-mencuit ni. Nak selamatkan diri, dia cuit kawan dia, lepas tu, cuit kawan lain pula.
Masing-masing saling mencuit.
Contohnya, dalam ramai-ramai, kita tak puas hati dengan sorang ni. Lepas tu dengar juga kawan kita yang lain tak puas hati. Sampai-menyampai cerita. Semua jadi tak puas hati. Bila sorang tu bersuara, yang lain sorok tangan. Diamkan diri. Kawan yang kita tak puas hati tu mula trasa. Yang lain masih diamkan diri. Konon tak bersalah. Yang salah siapa? Mestilah yang bersuara tu. Sedangkan yang bersuara tu cuma nak tutup mulut semua pihak. Yang dibencinya siapa? Yang bersuara.
Macam tu lah kan kawan yang suka mencuit. Kau buatlah, aku tak berani. Nanti jadi pape, orang tak nampak buruk aku.
Astaghfirullah.. Aku cuba insafkan diri.
Aku nak elak-elak kan benda ni terjadi kat diri aku. Lepas ni, biarkan orang lain bercakap. Dosa tanggung sendiri. Aku nak duk diam. Buatlah nak buat apa pun. Yang lain tak puas hati, makan la hati sendiri-sendiri. Bagi aku mudah je. Selagi aku rasa tak pedulikan, aku enjoy.
Jangan kuat melenting, cuba dongak ke langit. Sedar mana kita berada. Bersyukur dengan perkara baik yang kita buat.
Terima kasih kerana membaca
Sila ke My Blurbs untuk info menarik
No comments:
Post a Comment