Labels

Sunday, June 17, 2012

Persediaan Menunaikan Umrah

Salam semua..

Setelah beberapa lama aku plan nak menunaikan umrah. Tahun ni aku dapat rasa, seruan aku ke Tanah Suci Mekah dah terima.

Setahun sebelum..
Awal tahun 2011, aku plan nak menunaikan umrah bila dapat bonus. Tapi hajat tak kesampaian bila aku dah pindah dan memerlukan sedikit duit dari bonus tersebut. Lagi pon aku macam tak bersedia lagi. Jadi, aku simpan dulu hasrat. Aku fikir, mungkin lambat lagi aku dapat ke sana..


Umrah 2012..
Tahun ni, aku cuba bina hidup baru. Aku plan dari awal lagi tunggu bonus. Kata aku, kalau bonus aku boleh capai sampai aku mampu, aku nak menunaikan umrah. Aku da bersedia awal dari segi rohani dan jasmani. Alhamdulillah, bulan 4 ke 5 camtu, dapat bonus, aku terus daftarkan diri kat agen travel Andalusia kat Kampung Pandan.


Seronok sangat. Aku memang plan nak pergi seorang diri. Sebab aku betul-betul nak fokuskan diri pada ibadat. Aku nak perkuat dan perbanyakkan lagi ibadat bila kat sana. Bila kita seorang diri, orang tak kenal kita ni siapa, kita ni macam mana orangnya. Bila nak buat ibadat lebih-lebih berbanding di Malaysia. Orang takkan mempersoalkan.

Sampai masanya, aku dah bersedia. Aku balik kampung dulu jumpa dan minta restu mak ayah. Buat kenduri doa selamat. Masa aku balik kampung, mak ayah aku gembira sangat-sangat. Boleh nampak kat muka mak ayah aku. Wajah keceriaan mereka. Siapa tak bersyukur, anak ingin melakukan sesuatu yang sangat mulia di sisi Allah.

Dalam hati aku, adakah mak ayah aku berkecil hati jika aku pergi seorang diri tanpa mereka? Mungkin.. Tapi aku tahu, mereka ikhlas restukan aku ke sana. Kerana apa, mungkin kerana mereka percaya, rezeki masing-masing dan seruan Illahi yang menjemput aku ke Tanah Suci yang terletaknya Rumah Allah yang paling agung di muka bumi-Nya.

Alhamdulillah sekali lagi, aku akan berangkat ke Tanah Suci akhirnya. Semua barang aku da sedia walaupon ilmu masih kurang dari setitik air jika dibandingkan ilmu agama seluas lautan..

(lain macam pulak bahasa melayu aku kali ni.. Haha..)

Terima kasih kerana membaca Sila ke untuk info menarik

1 comment:

  1. wah best nyer dpt g umrah.... jgn lupa doakan utk doakan mak & abah asrol bila dh sampai kt sana nnt. selamat menunaikan ibadah umrah ;)

    ReplyDelete