Dengar jerk Pulau Pangkor
Macam femes
Dalam hati, mesti pantai dia cantik
Sebabnya macam ramai yang pergi sana
Haha..
Jumaat 25hb Mac 2011
Aku request balik kije awal ngan bos
Sebabnya aku nak kene gerak ke Ipoh
Dari Puchong jam 5 petang
Member aku drive ke Behrang
Sampai Behrang dalam kol6 kot
Amik ibu kawan aku
Pastu tukar driver
Aku plak drive dari Behrang ke Ipoh umah kakak dia
Pergghhhhhh.. Jalan 2 link jerk
Tak reti aku nak bawak slow²
Nak bawak laju² asik kene tegur
So, aku bawak la potong² kete kat depan
Takda la nampak sangat aku bawak laju
Hahaha
Sabtu 26hb Mac 2011
Cuaca pagi, hujan
Hurlm...
Redha jerk la
Dalam kol8.30 lebih camtu gerak ke Lumut
Skali kakak member aku 1 famili (3 orang)
Masa perjalanan ke Lumut hujan bukan main lebat
Sampai jerk terus naik feri
15 minit jerk ke Pulau Pangkor
Sampai sana nek teksi plak ke Bay View Resort
Carik yang ada kolam renang
Kot² la bosan mandi pantai, leh mandi kolam
Lepas Check In, usha kolam
Pastu gi makan, usha pantai plak
Mak ai ombak dier...
Kuat giler, nak mandi pon takleh
Tak pe.. Kolam ada..
Lepas makan terus terjun kolam dari kol12 lebih - 3 lebih
Naik kejap, petang lam kol4 turun balik mandi kolam sampai la kol5
Then jenjalan sewa motor sbijik RM30 1 hari
Member aku gian nak berskuter
Pergi la sampai pekan dan bergambar berdua
Malam tu gi la makan makanan laut
Seronok sangat duk tepi pantai sambil makan²
Ingat nak terjun kolam ag tapi katanya da tutup
Hurlm...
Ahad 27hb Mac 2011
Pagi ni gi makan dulu
Pas makan kami mandi kolam ag
Check out kol 12
Tapi gian sangat nak mandi
Dari kol9 lebih camtu start mandi
Sampai la kol12 lebih
Siap² terus balik
Sampai lumut makan dulu kejap
Pas makan terus ke Ipoh
Rehat kejap kat Ipoh, then aku suh member aku drive ke Behrang
Ingat lagi jalan dia camne?
Sebab tu aku suh member aku yang drive
Wakakaka
Aku cakap biar aku plak bawak dari Behrang ke Puchong
Lagipon member aku tu rabun sket
Takleh drive malam
Sampai jerk umah
Banyak benda kene buat
Basuh baju, kemas barang, makan
Badan da penat da
2 Hari dengan keluarga diorang
Sangat best
Anak buah dia baik ngan aku jugak
Hahaha
Tapi yang buatkan aku sedikit malu
Diorang duk sebut² aku tido berdengkur
Buruk bebenor aku tido berdengkur
Bukan jerk tido malam, aku tido lam kete pon diorang cakap aku berdengkur
Tak sopan betol aku.. Hahaha...
Tapi aku tak dengar plak aku berdengkur
(Da tido bagai nak rak, camne nak dengar sendiri berdengkur)