Labels

Sunday, January 23, 2011

Asrol Mania Di Lawat Seluruh Dunia

Poyo arr tajuk
Wakaka
Tapi seyes
Aku da lama tak update blog
Busy kot
Kije kat opis banyak pakai tenaga kat otak aku
Pastu balik kije terus down macam malas da nak fikir pape
Blog pon da lama tak bukak
Bukak pon kalo ada orang komen
Itu pon sekadar untuk reply jerk la
Semalam dalam mood demam
Aku teringin nak bukak nuffnang
Bukan nak tengok BE tapi nak tengok trafik blog aku
Hehehe
Yer la lama tak bukak or update
Tapi tengok ranking kat alexa macam makin kurang
Aku pelik jugak blog aku makin ngetop
Bila bukak analitik nuffnang
Tada...

Warna-warni gitu
Pelik tapi benar
Mungkinkah sebab nama blog aku pelik?
Hahaha..
Nak interview la pelancong luar ni
If you are foreigner, how do you know about Asrol Mania?
Wakaka
Tu jerk soalannya..
Jawab.. Jawab..

Jawapannya aku rasa aku tahu
Mungkin sebab aku pos berkenaan domain
Tengok saja apa kata Alexa
Mungkin betul
Tengok la, ramai komen kat pos
So aku rasa
Aku patut buat version international la entri tersebut
Hehe
Tunggu la dulu
Wat masa ni macam malas
Hakhakhak

Monday, January 10, 2011

Mark Zuckerberg: Facebook DITAMATKAN 15th March 2011!

Betul ke citer ni?
Tapi da masuk paper

Kata Mark
Facebook sudah di luar kawalan
Dia amat tertekan dengan pengurusan syarikatnya
Dan merosakkan kehidupannya

Pengguna sudah tidak boleh masuk akaun Facebook pada 15 Mac
Dia menasihatkan agar kita copy semua gambar kalau nak
Gambar yang kita kene tag tu la

Dia da tak fikir pasal duit
Yang dia nak, kehidupan lamanya

PALO ALTO, CA –Mark Zuckerberg announced that Facebook will be shut down in March. Managing the site has become too stressful.

“Facebook has gotten out of control,” said Zuckerberg in a press conference outside his Palo Alto office, “and the stress of managing this company has ruined my life. I need to put an end to all the madness.”

Zuckerberg went on to explain that starting March 15th, users will no longer be able to access their Facebook accounts.

“After March 15th the whole website shuts down,” said Avrat Humarthi, Vice President of Technical Affairs at Facebook. “So if you ever want to see your pictures again, I recommend you take them off the internet. You won’t be able to get them back once Facebook goes out of business.”

Zuckerberg said that the decision to shut down Facebook was difficult, but that he does not think people will be upset.

“I personally don’t think it’s a big deal,” he said in a private phone interview. “And to be honest, I think it’s for the better. Without Facebook, people will have to go outside and make real friends. That’s always a good thing.”

Some Facebook users were furious upon hearing the shocking news.

“What am I going to do without Facebook?” said Denise Bradshaw, a high school student from Indiana. “My life revolves around it. I’m on Facebook at least 10 hours a day. Now what am I going to do with all that free time?”

However, parents across the country have been experiencing a long anticipated sense of relief.

“I’m glad the Facebook nightmare is over,” said Jon Guttari, a single parent from Detroit. “Now my teenager’s face won’t be glued to a computer screen all day. Maybe I can even have a conversation with her.”

Those in the financial circuit are criticizing Zuckerberg for walking away from a multibillion dollar franchise. Facebook is currently ranked as one of the wealthiest businesses in the world, with economists estimating its value at around 7.9 billion.

But Zuckerberg remains unruffled by these accusations. He says he will stand by his decision to give Facebook the axe.

“I don’t care about the money,” said Zuckerberg. “I just want my old life back.”

The Facebook Corporation suggests that users remove all of their personal information from the website before March 15th. After that date, all photos, notes, links, and videos will be permanently erased.

Bagi pendapat aku la
Dengar citer Google nak beli Facebook
Kenapa dia tak jual jerk?
Mungkin dia rasa Facebook dah merosakkan ramai orang
Dan dia mula rasa bersalah kot

Facebook pon ada pro and cons
Tapi rasanya cons tu lagi banyak kot
Betul la kata dia
Cuba cari kawan yang sebenar di luar sana
Tapi, ramai jerk aku jumpe kawan sebenar bermula dari dunia maya

Jangan-jangan blog ni pon Google nak tutup jugak
Wakaka...

Thursday, January 06, 2011

Tuah Asrol Mania Menang Di Awal 2011

Harap ini adalah permulaan yang baik untuk 2011
Baru beberapa hari masuk tahun baru 2011
Banyak khabar gembira aku dapat
Permulaan tahun yang baik
Aku harap rezeki aku tak putus-putus
Supaya aku dapat kongsi dengan orang lain jugak

Awal tahun aku dapat tau dividen berlipat ganda
Pagi tadi plak
Sampai jerk opis
Bukak outlook tengok emel
Lepas tu nampak la akaun ke 2 dalam tu
Eyriqazz wrote:

tahniah,anda salah seorang pemenang giveaway...
 Bila aku baca
Dalam hati aku cakap
Aku join ape plak ni?
Kenapa tetiba aku menang?
Cepat-cepat aku bukan link yang di bagi
Terkejut jugak nampak gambar ni
Wah
Nama aku
Macam tak caye jerk
Baru la aku teringat
Si Jejai tag aku lam contest ni dari blog beliau: Teratakarmo
Aku plak pe lagi
Terus join skali
Aku rasa macam hutang nyawa plak ngan Jejai
Wakaka

Syukur Alhamdulillah
Kontest ni tak perlu kepakaran pape pon
Cuma buat entri berkaitan
Pemenang adalah berdasarkan cabutan bertuah
Bukan sebab pe pon
Mungkin kali ni tuah aku kot
Aku susah nak menang la cabutan bertuah atau pon kontest
Lam dunia blogging ni pon
Ni kali kedua aku menang lepas

Bersyukur sangat
Harap ini adalah petunjuk tahun yang baik bagi aku
Hehe
Yang penting jangan lupa berdoa dan bersyukur
Moga Allah juga memberkati korang semua dengan rezeki yang melimpah-ruah
Aminnn..

Wednesday, January 05, 2011

Alhamdulillah.. Harga Minyak Naik Lagi 2011


Okay
Ini kata orang kaya yang nak hidup senang
Orang kaya mengata orang kaya
Bagus la
Yang miskin duk diam okeh

Sebab
Rata-rata orang miskin tak pakai minyak kete or motor
Dan
Rata-rata orang kaya yang pakai kete or motor

No wonder
Orang yang mulut bising minyak naik adalah orang kaya
Mengata plak pada orang kaya yang naikkan harga minyak
Sedangkan yang naikkan harga minyak tu
Selalu disupport duit minyaknya ke sana ke sini



Sapa yang terasa terkena?
Sememangnya la yang pakai minyak kenderaan
Minyak naik jerk bising
Ada diorang kesah plan kerajaan?

Pengurangan subsidi bahan bakar
Dapat disalurkan kepada warga miskin

Kenapa korang nak bising?
Yang naik adalah bahan bakar
Kenapa bahan bakar?
Rata-rata yang kaya pakai bahan bakar
Korang da kaya
Kenapa nak murah-murah?
Share la sikit duit tu pada golongan miskin
Kerajaan da berusaha tingkatkan kualiti golongan miskin
Ada korang kesah?
Yang korang kesah harga minyak naik
Sebab korang fikir diri sendiri
Taik hidung masin betul la

Kenapa pulak korang tak bising?
Kajian menunjukkan
Kenaikkan harga minyak memang beri impak pada barang akhir
Contohnya nasi lemak, air teh tarik, roti dan sebagainya
Tapi kenaikkan itu hanya 0.03 - 0.05 sen sahaja
Kenapa sampai peniaga naikkan harga dari 10 - 30 sen?
Ada korang bising?

Kenapa diorang biarkan korang bising?
Sebab diorang tahu mulut korang suke bising
Kalo diorang cakap "Tahun ni kita dapat bonus...bla..bla..bla.."
Korang akan diam? Tak jugak..
Korang tetap bising bonus itu sikit
Ada korang fikir pada yang tak dapat pape bonus?
Ada korang hulurkan sumbangan pada mereka yang perlu?

Kenapa diorang tak bising?
Well
Orang kaya
Minyak ditanggung
Orang miskin tak pakai minyak
Orang miskin cuma naik bas yang harga tiketnya naik melebihi harga minyak yang naik
Minyak naik 10sen seliter
Harga tiket naik 20sen ke satu destinasi tak sampai seliter
Diorang naik kete tak bayar minyak, so, tak rasa la minyak naik

Kenapa Asrol Mania bising?
Sebab aku geram tengok korang bising
Bising harga minyak naik
Dan
Macam mana aku nak kawen kalo sume barang naik?
Gaji tak naik-naik
Wakaka

Jom apply Streamyx atau Unifi ramai-ramai
Supaya gaji aku naik

Tuesday, January 04, 2011

Durian Runtuh ASB.. Berbaloi-baloi...

Syukur Alhamdulillah
Aku tak pernah puas berdoa nak dapat semua ni
Hari ni macam tak sabar nak check ASB aku
Tapi dalam ada RM10 jerk
Wakaka
Eleh..
Gelak yerk..
Tak ingat ke entri 24 Mei 2010 ritu?

Aku tak sure sangat akan dapat
Sebab aku masuk baru setengah tahun
Masuk pe?
Pelaburan ASB dengan Maybank
Dan aku tak putus-putus berdoa supaya dapat dividen ASB
Ada hal sikit dengan duit ni sebenarnya
Dan
Usaha aku berbaloi-baloi
Hari ni betul-betul mengejutkan aku

Tada..

Ha.. Mesti korang pelik kan?
Dalam ada RM10 jerk
Tapi Pendapatan ASB bukan main lagi
Siap dengan bonus plak tu
Lagi sikit hampir sebulan gaji aku

Ni la namanya durian runtuh
Haha..

Lagi skali
Alhamdulillah
Boleh buat modal berniaga nih

Mungkin ada yang tertanya-tanya lagi
Macam mana si Asrol leh dapat dividen sebanyak ni dengan modal RM10
Aku masuk pelaburan la
Pelaburan aku berharga RM50k
Sebulan aku kene bayar RM282
Aku mula bayar bulan 7 2010

Pengiraan Keuntungan / Dividen
Tahun 2010 keuntungan RM7.50 seunit
Pelaburan RM50000
Buka akaun RM10

RM0.075 x RM50010 = RM3750.75 (Setahun)
RM3750.75 / 12bulan x 6bulan = RM1875.44

 Pengiraan Bonus
Tahun 2010 bonus RM1.25 seunit
Pelaburan RM50000
Buka akaun RM10
Bonus hanya untuk 120 bulan sahaja
Aku join baru 6 bulan

RM0.0125 x RM50010 /120bulan x 6bulan = RM31.26

Jumlah Keseluruhan
RM1875.44 + RM31.26 = RM1906.70

Menarik kan?
So....
Korang join la jugak
Berbaloi-baloi gua cakap lu
Haha..

Monday, January 03, 2011

9 Perkara Mesti Korang Pon Terfikir Sama

Da lama nak buat entri ni
Sebab macam sume orang pernah alami
Cuma tak dibincang secara komersial jerk
Hahaha...


Mesti korang Pon Terfikir Sama
Macam Asrol Mania

  1. Bila nak jerk takda, bila taknak, ada jerk depan mata. Entah dari mana jerk muncul sebab nak bagi kita nampak. Bila kita carik, macam ada kat situ, macam ada kat sini. Kadang-kadang, perasaan yakin ada kat sesuatu tempat tu kuat jerk, tapi bila carik takda la plak.
  2. Time lesen mati, ada jerk roadblock. Time lesen tak mati, lalu la 10 jalan sehari pon, takda plak roadblock. Nak-nak, baru jerk mati rini dan tak sempat sambung, terus jumpe polis ke, JPJ ke buat roadblock.
  3. Bila takda duit, ada jerk barang peribadi yang habis. Sabun la, syampu la, ubat gigi la. Itu time kite takda duit.
  4. Bila ada duit plak, ada jerk barang yang rosak. Nak-nak motor ke, kete ke yang rosak. Dapat bonus jerk, motor trus buat hal, kene tukar itu la, ini la..
  5. Bila nak kuar or berjalan jauh, mula la perut meragam, asik nak buang air kecil, nak buang air besar. Time duk umah, takda plak rasa macam tu, kadang-kadang buang air sekali jerk sehari. Bila nak naik bas, 2 3 kali buang air sebelum naik bas.
  6. Bila puasa, tengahari tu terfikir "Kalo bukan bulan pose ni, aku da beli air tin ni minum", bila tak puasa, "Nak beli air tin macam mahal, tunggu la balik umah minum air"
  7. Bila kita set time nak tengok tv especially Astro yang banyak channel tu, takda plak citer best, bila kita nak kuar or gi kije, bukak kejap tv sementara tunggu kawan or tengah bersiap, bukan main best citer kat tv tu. Macam tak jadi jerk nak kuar.
  8. Time kije, bangun pagi macam penat jerk, mengantuk sangat. Time cuti, segar plak mata ni bangun tido. Padahal hari tu cuti.
  9. Yang ni lagi best, macam skarang. Esok aku kije, tak mengantuk plak mata ni. Semalam, kol10 malam bukan main ngantuk lagi sedangkan hari ni aku dapat cuti sempena tahun baru. 
Ada banyak lagi
Malas nak fikir
Esok kije
K la.. 
Aku nak peram mata dulu, nak tido.. 
Kang esok tak pasal-pasal ngantuk kat opis... 
Salam....

Resepi Mee Goreng Basah Orang Bujang Asrol Mania

Wahai orang bujang
Nak makan mee sendiri?
Atau nak masak pon da tak tau nak masak pe?
Asrol Mania nak kongsi resepi mee goreng ni
Ritu ada la try buat mee goreng
Macam bosan jerk nak masak lauk
Sebenarnya aku tak pandai tanak nasi
Haha..

Mee Goreng Basah


Bahan-bahan:
1 mangkuk mee (untuk sorang makan)
1/3 sudu besar kicap
1 sudu sos tiram
1 sudu sos cili
2 sudu minyak
Sedikit Garam atau1/4 kiub pati ayam
Bawang merah (hiris kecil)
Bawang putih (ketuk)
Ayam
Sayur
1 1/2 cawan air

Cara-cara:
Goreng ayam kejap dengan minyak
Bila da macam kuning sket
Masukkan bawang merah dan bawang putih
Masukkan kicap, sos tiram dan sos cili
Kacau seketika
Masukkan air dan biarkan mendidih
Masukkan garam atau kiub pati ayam
Kacau sampai rata baru masukkan sayur
Last skali baru masuk mee

Siap
Makan la sorang-sorang
Cakap bujang..... Wakaka..

Sunday, January 02, 2011

Asrol Mania Pakai Pendamping Jaga Blog


Malam tadi tengok citer Damping Malam


Amik yang midnight punya kol 12.10

Tengok ngan member 3 orang dari Klang
Da la aku sorang jerk naik motor
Dari Seksyen 7 ke JJ Bukit Raja

Dalam hati fikir macam mana la aku nak balik nanti
Sorang-sorang lalu jalan gelap?
Masuk plak lorong motor kat Federal?

Oh no..

Aku mesti berani
Cerita amat seram bagi penakot cam aku
Part paling aku terkejut giler


Aku tak sure sangat macam mana tangan ni kuar
Time ni aku tutup sikit mata
Tapi sound yang kuat buatkan aku terkejut
Bukan sebab takot okeh

Masa terkejut tu sempat la aku genggam lengan member aku
Wah.. romantik gittew..
Sib bek aku tak terkejut pastu cium dia
Yang lepas-lepas camtu la
Wakaka
Percaya la sangat kannn...

Masa balik dalam kat-kat kol 2 pagi camtu
Aku baca surah-surah pendek
Dari JJ Bukit Raja
Aku kene naik bukit nak ke Federal
Biasanya jalan tu gelap


Dari jauh aku nampak ada kete masuk jalan situ
Laju-laju aku kayuh motor
Takot kene tinggal
Sib bek sempat ikot kete
Pastu masuk lorong motor
Aku ikot sebijik motor pasangan kapel
Bila macam da selamat
Aku tinggal plak diorang
Wakaka
Akhirnya selamat sampai umah

Citer ni kesah keturunan Ku Aa ada bela pendamping
Tapi da buang lepas mak Ku Aa meninggal
So, mak sedara dia, Enda jaga dia sekeluarga
Takot pendamping tu balik semula
Tapi Ku Aa seru pendamping lain
Untuk jaga suami dia taknak bagi lari
Ku Aa tak renew agreement ngan bomoh tu
Tu yang pendamping mengamuk
Nak tau citer sedih berikutnya
Tengok la sendiri
Haha

Hari ni
Aku tukar tajuk widget Follower jadi Pendamping
Wakaka
Nak suh korang jaga blog Asrol Mania
Boleh tak?

Saturday, January 01, 2011

Sambutan Ambang 2011 Asrol Mania | Hampa Tapi Puas Hati

Salam 2011
Entri pertama bertarikh
01/01/2011

Macam mana sambutan tahun baru korang?
Huhu
Aku nyer sambutan sedikit hampa memula
Lepas je masuk 2011
Aku kembali hapie
Nak tau apa yang hampa?

2010
2 jam sebelum Tahun 2011

Aku janji nak celebrate dengan kawan lama
Perempuan
Awal-awal da bincang
Tapi dalam kol10 malam baru dia kompemkan jadi
Kol10.30 camtu
Aku amik dia kat umah bawak pegi makan dulu sebelum ke iCity Shah Alam
Tapi kami tak makan, cuma minum jerk
Lepak-lepak dengar konflik dia ngan ex-bf dia
Kol11 lebih camtu ex dia nak jumpa dia
Dia ape lagi, setuju la tanpa fikir pasal aku

Fine

Actually dia ngan ex dia putus-putus ayam
Laki tu tengah konfius jantina kot
Sayang tapi tak cinta
Yang pompuan plak terasa main tarik tali
Aku hangin tak jugak malam tadi
Kat-kat nak celebrate, tak jadi
Tapi aku sabar jerk (Sib bek aku ada kawan lain yang gi iCity)
Nak wat camne
Aku bawak kuar awek orang
Tapi diorang da wat keputusan break kejap
Yang pompuan tu plak tak bagi tau aku pasal tu
Sebenarnya ex dia tu nak ajak kuar
Dia nak sangat kuar ngan ex dia
Dia tunggu ex dia kompemkan jadi ke tak
Sampai kol10 pon ex dia senyap jerk (bodoh kan?)
So, dia jumpe la aku
Da jumpe dia, baru aku tau
Lau aku tau awal-awal
Baik aku kuar ngan pompuan lain (wakaka)
Ramai kawan laki ajak aku kuar
Tapi aku bagi keutamaan pada kawan pompuan aku tu la
Tak sangka plak jadi camtu
Aku pon contact la kawan aku laki tu yang nak ke iCity
Aku cakap la aku sengsorang dan nak join diorang
Tapi memang aku sambut sengsorang pon
Aku tak jumpe kawan aku
Ngan line tepon problem
Orang plak ramai
Hampa kan?

 2011
Lepas kol12

Baru la jumpa kawan aku yang laki tu
Tu pon susah giler carik
Orang berpusu-pusu nak balik, aku makin nak ke dalam
Masa otw nak jumpa diorang
Aku contact kawan aku yang lagi sorang
Kawan pada kawan aku yang laki ni jugak
Dia cakap dia nak lepak McD Seksyen 3 Shah Alam
Lepas jumpa kawan aku yang kat iCity ni
Aku pon pergi la jumpa kawan aku tu untuk lepak
Tapi lepak kat Burger King Seksyen 13
Kami lepak sampai kol 2 a.m lebih

Da on the way balik
Kawan aku cakap kawan dia yang lain ajak lepak kat Ali's Corner Seksyen 7
Aku nak pegi tapi macam malas da
Tetiba macam tak larat pas kitorg benti kat Petronas
Rasa nak balik tidow jerk
Fikir nak bangun awal lagi rini
Macam biasa bangun solat kol 6.15 a.m
Siang aku susah nak tido
Boleh jerk tido tapi macam malas

Walaupon ada prob malam tadi
Aku puas jugak la dapat sambut ngan lepak-lepak

Aku bangun tadi
Sampai la skang tak tido
Spend time buat entri sal malam tadi

Masih belum terlambat aku ucap
Selamat Tahun Baru 2011
Azam tahun ni aku nak gi umrah
Kalo ada rezeki lebih la
Sama-sama doakan aku ya
Aminnnn

Sisipan semalam

Petang smalam pegi salun, potong rambut kat bahagian sisi jerk
Tak penah-penah aku buat
Ingat nak simpan rambut panjang
Tapi kene jaga sisi jugak
Sebab aku nak panjangkan rambut depan ngan belakang dulu


Suasana meriah kat iCity